CATATAN KECIL
|
Himpunan disalah satu lokasi. |
Himpunan
"Kitalawan" sebagai solidariti atas pemenjaraan Anwar Ibrahim yang
diadakan hari ini satu permulaan terbaik yang membawa tanda api refomasi tidak akan padam. Setelah hampir sebulan Anwar
diringkukkan dalam penjara, beberapa himpunan diadakan tetapi sambutan tidak memberangsangkan.
Berlainan hari ini kehilangan Anwar sudah mulai dirasai rakyat yang mereka inginkan kepada Anwar.
Menurut laporan lebih
10,000 hadir dan turun di jalan raya mendesak Najib Razak berundur sekaligus meminta Anwar
dibebaskan.
Himpunan hari ini juga untuk memberi mesej kepada Yang di-Pertuan Agong
yang kini sedang meneliti permohonan pengampunan yang dikemukakan oleh
Anwar. Himpunan hari ini adalah himpunan dari rakyat kepada Agong yang
menyedari institusi itu adalah jalan terakhir untuk mengembalikan Anwar
kepada rakyat.
|
Selingan hiburan merancakkan himpunan. |
Himpunan hari ini tidak dihadiri para pimpinan Pakatan Rakyat, kecuali
pimpinan PKR dan mereka yang mempunyai hubungan persahabatan dengan
Anwar atau keluarganya saja. Justeru himpunan hari ini adalah himpun
sejati dari rakyat.
Himpunan bermula pagi tadi yang diadakan secara tertutup oleh PKR, dan
berakhir lewat petang ini, bukan saja diadakan dalam negara
"tigatujuhkosongsatutujuh" tetapi ia juga turut diadakan dibeberapa buah
negara lain oleh pendokong Anwar dan reformasi. Malam ini juga diadakan
pidato membebaskan Anwar dibeberapa lokasi.
|
Dr Wan Azizah diapit oleh salah seorang anaknya. |
Melihat apa yang berlaku
hari ini semestiny
a Anwar tidak perlu
gusar dan merasai kesepian dalam penjara kerana puluhan ribu suara
diluar mendokongnya. Walaupun disumbat ke dalam penjara untuk kesekian
kalinya, tetapi rakyat yang teruja dengan kepimpinannya tetap menyokong
dan tidak pernah merasa jemu untuk mempertahankannya.
|
Nurul Izzah bersemangat membela ayahnya. |
Siri himpunan "Kitalawan" ini juga adalah "Reformasi Ke 2" ini juga
turut melahir beberapa hero baru yang akan meneruskan perjuangan
refomasi yang dioborkan oleh pejuang rakyat itu. Yang pastinya ia
menunaskan beberapa sosok lagi untuk menjadi pemimpin pelapis
terutamanya dalam kalangan keluarga Anwar sendiri.
Kalau kesangsaraan Anwar sebelum ini hanya diratapi dan dihadapi
isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turun mengelilingi ke seluruh
negara, kemudian dibantu oleh anak sulungnya Nurul Izzah, kini dua lagi
puterinya Nurul Nuha dan Nurul Ilham turut sama memegang bendera
perjuangannya, bersatu dengan ibu dan kakak mereka.
|
Perarakan disalah satu lokasi. |
Hujan yang turun menyirami bumi Kuala
Lumpur lewat tengah hari tadi sedikit pun tidak menumpulkan nasfu orang ramai untuk berhimpun,
bahkan hujan itu memeluhkan mereka menjadi lebih bersemangat lagi.
Apa
yang berlaku hari ini dengan puluhan ribu rakyat menyosong di beberapa
jalan dan lokasi ditetapkan oleh penganjur himpunan mengembalikan
kenangan 14 tahun lalu, dimana ratusan siri demostrasi mendesak Mahathir
Mohamad yang zalim melakukan "penganiyaan" kepada Anwar dilakukan.
|
Sepanduk yang mendesak Najib berundur. |
Ketika itu walaupun Mahathir berusaha mempertahankan dirinya, tetapi
laungan
kebencian rakyat kepadanya akhirnya "Mahafiraun" itu berundur juga
dengan
linangan air mata. Mahathir tidak mampu menahan rempuhan badai rakyat
yang diadakan setiap Sabtu selama hampir lapan tahun tanpa henti.
Gara-gara pengkhianatan Mahathir juga ia membawa celaka kepada BN
apabila buat pertama kali hegemoni parti itu musnah apabila gagal
mendapat majoriti 2/3 di parlimen.
Apakah nasib dan derita dialami Mahathir itu akan
menyinggahi diri Najib dan Rosmah? Syabas kepada rakyat yang tidak
pernah gentar untuk keluar menuntut keadilan, kebenaran dan kebebasan
walaupun mereka dilingkari api bernama akta-akta yang cuba melemahkan
mereka. Wassalam Mso.
[wm.kl.7:24 pm 07/03/15]
0 orang berkata:
Post a Comment