Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKIBAT TAK CUKUP FAHAM

Maria Chin gagal batalkan pertuduhan
Maria Chin gagal batalkan pertuduhan
Maria Chin - sumber internet

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah untuk membatalkan pertuduhan membabitkan perhimpunan Bersih 4.0, tahun lalu.

Hakim, Datuk Mohd Shariff Abu Samah membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati permohanan itu tiada merit.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, pertuduhan terhadap pemohon adalah sah dan berpelembagaan kerana perhimpunan yang tidak mempunyai notis pemberitahuan itu diadakan selepas Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dikuatkuasakan.

"Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk melepas dan membebaskan pemohon daripada pertuduhan tersebut," katanya.

Menurutnya, mahkamah juga tidak mempunyai kuasa untuk menangguhkan perbicaraan yang dikendalikan di mahkamah sesyen.

"Oleh itu permohonan pemohon ditolak dan mahkamah ini memerintahkan pendakwaan dan pertuduhan di mahkamah sesyen diteruskan," katanya.

Maria,60, yang juga Pengerusi Perhimpunan Bersih 2.0, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan sebagai penganjur gagal memberi notis pemberitahuan kepada polis Daerah Brickfields, di sini 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan kompleks beli-belah NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini antara jam 2  hingga 3 petang, 29 Ogos tahun lalu.

1 orang berkata:

Anonymous said...

prhimpunan yg tak bersih

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.