Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Arab saudi telah beli malaysia ? Murahnya melayu !

Tuduhan Mat Sabu hanya polemik politik
Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin Tun Hussein

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tuduhan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu kononnya Malaysia telah dibeli Arab Saudi untuk menyertai blok besar di Timur Tengah adalah tidak berasas sama sekali.

Tuduhan itu merupakan tindakan polemik politik semata-mata, kata Hishamuddin ketika menjawab tuduhan itu berikutan pengakuan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa kerajaannya mendermakan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  

Menjawab pertanyaan pemberita, Hishammuddin berkata tuduhan itu merupakan 'spin politik' pihak tertentu dan jawapan yang diberikan mereka juga adalah pelbagai serta berubah mengikut waktu.

"Saya konsisten dari dahulu dalam apa juga tuduhan dan seharusnya biarlah tuduhan itu berasas dan mempunyai pengesahan daripada pihak berkenaan.

"Isu politik, kalau betul kita telah dibeli buktikan...tiada bukti jangan cakap," katanya selepas merasmikan Malaysian Defence and Security (MDaS) Hall and Networking di sini, hari ini.  

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata perkara itu seharusnya tidak diperbesarkan.

"Lebih baik kita tengok kepada perkara yang membina, isu keselamatan dan pertahanan dunia yang menjadi cabaran besar kepada semua pemimpin dunia," katanya. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

jangan lah berfikran bodoh .iatu kenyataan sinis bahawa kalau itu duit derma.soalnya bagaiman duit tu ada dalam simpanan kau ? apa lah otak pakakarmu ni sejaka Hadi nak bersama umno.fikiran bloger pun pun dah tak bolih fikir dengan matang.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.