Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

EH KITA RAMAI-RAMAI JADI ORANG HARAB

Pengakuan Arab Saudi cukup untuk tutup cerita RM2.6b
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno menyifatkan pengakuan kerajaan Arab Saudi melalui Menteri Luarnya, Adel Al-Jubeir kelmarin menutup cerita skandal derma RM2.6 bilion yang mengaitkan bosnya, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya perlu memainkan peranan menyebarkan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu kepada seluruh rakyat negara ini.

"Saya harap itu dapat menutup semua cerita. Saya anggap isunya sudah selesai selepas disahkan oleh kerajaan Arab saudi.

"Kita (Pemuda) kena yakinkan kepada rakyat ini pengesahan yang telah dibuat oleh negara yang memberi derma itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan program kupas buku di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengesahkan bahawa sumbangan derma kepada Najib adalah daripada negara itu tanpa mengharapkan sebarang balasan

Namun menurutnya, sekiranya rakyat masih tidak yakin dengan penjelasan mereka, tiada apa yang boleh dibuat lagi oleh pihaknya.

"Tapi kita perlu viralkan apa yang disebut oleh Menteri Luar Arab Saudi dan perlu beritahu ini pengesahan daripada tuan yang memberi derma.

"Jadi tiada apa-apa lagi nak disembunyikan. Kita sudah dapat pengesahan tersebut," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.