Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

1MDB SEMAKIN PNAS !


Muhyiddin mahu status rahsia rasmi laporan PAC diubah
1MDB

SHAH ALAM - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tampil mendesak kerajaan mengubah (declassify) status rahsia rasmi Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar dakwaan penyelewengan wang puluhan billion ringgit dalam urusniaga syarikat berkenaan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa, beberapa petikan yang dikatakan bersumber daripada laporan akhir Ketua Audit Negara, Tan Sri  Ambrin  Buang mengenai 1MDB seperti yang didedahkan oleh portal Sarawak Report beberapa hari lalu mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan penyelewengan syarikat berkenaan.

"Ini termasuk kehilangan wang berjumlah USD7 billion (RM28 billion) yang dibayar kepada beberapa buah syarikat palsu yang tiada kaitan dengan urusniaga 1MDB.

"Ketika kemelut 1MDB mula dipersoalkan oleh rakyat pada awal tahun lalu, saya telah menyuarakan kebimbangan saya di dalam Kabinet dan menyarankan supaya Ketua Audit Negara menyiasat akaun 1MDB, termasuk melakukan audit forensik," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Katanya, siasatan Ketua Audit Negara adalah penting untuk menentukan kedudukan sebenar akaun 1MDB dan menjawab segala tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap syarikat berkenaan, termasuk yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Perdana Menteri sendiri berjanji bahawa Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan diumumkan dan beliau memberi jaminan bahawa individu atau pihak yang terlibat dalam penyalahgunaan dan penyelewengan 1MDB akan dibawa ke muka pengadilan.

"Bagi yang mungkin terlupa akan janji Perdana Menteri ini, saya ingin memetik tulisan beliau dalam portal NajibRazak.com yang disiarkan pada bulan Mei 2015.

Menerusi muat naik status di laman Facebook beliau, Muhyiddin turut memetik kata-kata Najib “adalah tidak adil bagi sesetengah ahli politik mensabitkan kerajaan dalam mahkamah pendapat awam sebelum fakta sebenar dikemukakan oleh pihak berkuasa yang sah iaitu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan...sementara itu, tolonglah, jangan buat spekulasi dan kesimpulan, tanpa menggunakan maklumat yang akan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, yang mengandungi laporan terperinci tentang kewangan 1MDB”.

Kata Najib lagi, “jika kita bersikap ikhlas untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan itu, kita perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah (seperti Ketua Audit Negara) dan bukan daripada portal berita pihak ketiga atau blog dalam talian yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi."

Ujar Muhyiddin, Jabatan Audit Negara telah memulakan siasatan ke atas akaun 1MDB pada bulan Mac 2015.

"Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB telah disiapkan pada bulan Jun 2015 dan laporan akhir Ketua Audit Negara telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada bulan Mac 2016. Malangnya, Najib telah memungkiri janjinya kepada rakyat," katanya.

Katanya lagi, bukan sahaja Laporan Ketua Audit Negara tidak didedahkan kepada umum, malah telah diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

"Tindakan mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara sebagai dokumen rahsia rasmi adalah aneh memandangkan Ketua Audit Negara mempunyai tanggungjawab di bawah Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan untuk menyerahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Laporan ini kemudiannya hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat. Adakah kerajaan mempunyai kuasa melebihi kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menutup hasil siasatan Ketua Audit Negara daripada pengetahuan rakyat?

"Lebih malang, ada Menteri Kabinet yang melabelkan pihak yang membocorkan kandungan laporan Ketua Audit Negara sebagai pengkhianat negara," katanya.

"Siapakah pengkhianat sebenarnya? Orang yang mendedahkan salahlaku 1MDB atau orang yang mengambil wang negara menerusi transaksi 1MDB dan kemudian menutup kesalahan mereka daripada diketahui oleh rakyat? Sudah tentulah mengambil wang negara dan menutup perbuatan jenayah adalah suatu pengkhianatan yang amat jijik kepada negara.

"Seluruh kabinet bertanggungjawab terhadap rakyat. Mereka tidak mempunyai kuasa mutlak untuk melakukan apa sahaja semata-mata untuk melindungi keselamatan seorang individu. 

Kepentingan majoriti rakyat adalah jauh lebih utama daripada keselamatan seorang individu.
Rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran," dakwa Muhyiddin.

Najib dakwanya telah dikaitkan secara langsung dalam skandal 1MDB dan beliau katanya harus tampil menjawab pertanyaan rakyat.

"Tindakan berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi akan menambah syak wasangka rakyat terhadap kredibiliti dan integriti Najib sebagai Perdana Menteri.

"Jika dia seorang yang benar-benar ikhlas, budiman dan berani mencari kebenaran, ubah (declassify) segera status rahsia rasmi Laporan Akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dan dedahkan hasil siasatan untuk tatapan rakyat," tambah Muhyiddin.

Muhyiddin turut menggesa Najib supaya tidak terus menyalahkan portal berita atas talian atau media asing kerana menyebarkan maklumat mengenai penyelewengan 1MDB.

"Anda mempunyai satu laporan penting yang sah mengenai 1MDB. Dedahkan isi kandungannya supaya rakyat dapat mengetahui fakta sebenar daripada sumber yang sahih.

 Ini adalah peluang terbaik untuk Najib dan kerajaan pimpinannya membersihkan nama daripada pelbagai dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.

"Jika Najib gagal berbuat demikian, dan berterusan menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan rakyat, maka dia mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas skandal 1MDB dan mengambil langkah terhormat dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri."

2 orang berkata:

Anonymous said...

Komen bernas tu tp adakah akan menghasilkan apa apa.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.