Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA PASAL PULAK PENGURUSI AMANAH SELANGOR MEMEKAK, DIA TAK DE STANDARD BERSUARA

KESIAN PENGURUSI PAN KAT SELANGOR NI, YANG NAK DI HIDUPKAN IALAH PAKATAN RAKYAT BUKAN PAKATAN HARAPAN, TAK TIMBUL PAS MENYERTAI PAKATAN HARAPAN, SEBAB PAKATAN HARAPAN ADA PENGKHIANAT DISANA . AHMAD AWANG DAN MAT SABU KENA AJAR PENGURUSI SELANGOR NI BERPOLITIK, CARIKAN AKHBAR KAT BAWAH NIPUN SEBUT PAKATAN RAKYAT BUKA PAKATAN HARAPAN ? BODOH TIDAK SEBARANG TANGGUNG ! - Pak Karamu


‘Pas perlu buang dulu ego’
‘Pas perlu buang dulu ego’
Laporan Sinar Harian, semalam.

SHAH ALAM – Pas perlu mematuhi syarat yang ditetapkan jika ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, Pas harus menghormati rakan lain dalam Pakatan Harapan dan tidak boleh membuat keputusan sendiri.

“Bukan sahaja Pas, bahkan mana-mana parti lain yang ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan harus akur kepada peraturan ditetapkan.

“Bagaimanapun, keputusan untuk bekerjasama terlebih dahulu akan dibawa dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk dibincangkan sebelum keputusan dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan yang dibuat Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim yang mengakui DAP sentiasa terbuka menerima apa juga cadangan pelbagai pihak termasuk mewujudkan kembali Pakatan Rakyat (PR) terutamanya dengan Pas bagi membolehkan pengundi terus memberi sokongan kepada pakatan pembangkang.

Menerusi keterbukaan yang dibuat Suee Lim, Izham mengakui, Amanah dan DAP sentiasa membuka pintu untuk Pas bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Namun begitu, saya yakin kebarangkalian Pas untuk bekerjasama dengan kita (Pakatan Harapan) amat sukar lantaran sikap mereka yang ego.

“Benda ini tak akan berlaku, mereka tak nak jumpa DAP dan Amanah walaupun kita sentiasa buka pintu untuk mereka,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini Pas yang mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP menerusi Muktamar.

“Lagipun mereka juga anggap Amanah pengkhianat. Jika budaya ini masih dibawa, saya nasihatkan tak payahlah bersama Pakatan Harapan.

“Apatah lagi kini Pas dilihat lebih mesra dengan Umno sekali gus menunjukkan jalinan kerjasama dengan Pakatan Harapan begitu jauh untuk digambarkan,” katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Klu bwrgabung semula, org paling untung ialah pesuruhjaya pis selangor dan menantu tg haji baghal yg pegang ceo sykt kejaan negeri.

Dgn itu aku tak setuju gabung semula. Biarlah kelantan terbang kpd umno supaya keselamatan tanah kejaan kelate, kayu balak dan duit cikgu yik dpt diselamatkan....

Unknown said...

Aku pun tak setuju PAS bergabong semula. Biar BN rampas balik selangor juga dan Penang. Biar UMNO terus perentah malaysia.
Buar Anuar terus mereput di sungai buloh. Biar Guang eng di humban di sungai buloh.
Bukan sahaja kelate, malah seluroh malaysia akan di rampas dam kekal ditelapak kaki UMNO,jika pembamgkang gagal bersatu.
Padan muka rakyat malaysia.

Anonymous said...

Masing2 dgn ego masing2...Dgn Ego DAP bnyk keputusan dibuat mghina Islam..dgn ego pan kalah bertnding kluar parti..dgn ego pas tak beri ruang lwn berkompromi, dgn ego umno lantaklah rakyat nak komen apa pun buat bodo aje...PKR yg masih merendah diri cuba gabungkn balik ikatan...

Anonymous said...

Dia memekak tak salah.
Dia tak mengkafirkan orang....tak mcm tg hj baghal tu

IrWrWs said...

X teringin nak gabung dgn PH

IrWrWs said...

Mmg pun PAN masih Pengkhianat

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.