Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APAPUN 1MDB TETAP BERMASALAH DAN RAKYAT NAK TAHU KEDUDUKANNYA


Peguam Negara: Najib tidak dinamakan sebagai defendan
Mohamed Apandi Ali
Mohamed Apandi Ali

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dinamakan sebagai defendan atau dikatakan melakukan sebarang salah laku jenayah dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Mohamed Apandi turut memandang berat terhadap sindiran dan dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap Perdana Menteri mengenai apa yang dikatakan salah laku jenayah berhubung tindakan sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

"Peguam Negara ingin menjelaskan bahawa tindakan sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau dikatakan telah melakukan salah laku jenayah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, siasatan sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia mengenai perkara-perkara berkaitan 1MDB.

"Oleh kerana siasatan sedang dijalankan, adalah tidak wajar untuk mendedahkan butiran yang mungkin boleh menjejaskan siasatan. Peguam Negara harus menegaskan bahawa adalah penting untuk mengekalkan integriti siasatan supaya orang ramai tidak meragui hasil siasatan," kata Mohamed Apandi.

Mohamed Apandi berkata sehingga kini Jabatan Peguam Negara belum menerima sebarang permintaan daripada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk mendapatkan maklumat atau bukti.
"Bagaimanapun, kami mengalu-alukan permintaan seperti itu selaras dengan komitmen kami dalam kerjasama dan kolaborasi antarabangsa dalam memerangi pengubahan wang haram dan amalan rasuah," kata beliau.

Peguam Negara menekankan bahawa sebagai Pendakwa raya, beliau tidak teragak-agak untuk memulakan prosiding terhadap pelaku perlakuan jenayah jika ada bukti yang mencukupi untuk berbuat demikian.

"Sebarang salah laku mesti dan akan dihukum. Malaysia sentiasa mendukung prinsip kedaulatan undang-undang," katanya.

Peguam Negara berkata tindakan sivil telah difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bagi pelucutan hak aset-aset berkaitan dan bahawa perkara itu kini tertakluk di bawah mahkamah sivil di Amerika Syarikat.

"Peguam Negara seterusnya menarik perhatian bahawa asas bagi tindakan sivil untuk melucuthak aset-aset oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah berkaitan berlaku apa yang dikatakan pengubahan haram wang yang dilesapkan dari

1MDB. Bagaimanapun, Peguam Negara menekankan bahawa sehingga kini:

(i) tiada bukti dari mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi-agensi penguatkuasa undang-undang dalam pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan bahawa wang telah dilesapkan dari 1MDB; dan

(ii) tiada pertuduhan jenayah difailkan terhadap mana-mana individu bagi kesalahan melesapkan dana dari 1MDB. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Tak sangka AG kita ni tak faham bahasa diplomasi... patutlah tak tahu mana betul dan mana salah.

Anak siapa la dia ni? Memalukan.

Seotop1 said...

Professional printing company in Hanoi, with many years of experience with modern printing workshop & excellent staff. In Nguyen Gia is a prestigious printing address trusted by many customers in Hanoi & across the country.
See our service details at:
in ky yeu
kỷ yếu
in phong bì giá rẻ
báo giá in thẻ nhựa
công ty in lịch
thiết kế cửa hàng quần áo đẹp
báo giá in kẹp file
in name card visit
báo giá in lì xì
We always put the quality of work, progress to complete with every customer request.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.