Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KAN KE AMANAH DAH KATA AMANAH GANTI PAS. APA LAGI NAK SENTOH PAS, MABUK KE ?


Pakatan Rakyat boleh wujud semula?
 Sivamurugan Pandian
Sivamurugan Pandian

SHAH ALAM - Sukar mendapat sokongan pengundi Melayu tanpa Pas, mungkin menjadi penyebab DAP menyatakan keterbukaan bekerjasama dengan parti Islam itu untuk mewujudkan kembali Pakatan Rakyat (PR).

Penganalisis Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, keikhlasan DAP dapat dilihat bergantung kepada pihak mana yang perlu ‘berkorban’.

“Mungkin DAP ada agenda sendiri apabila mendapati tanpa Pas sukar untuk mereka mendapat sokongan pengundi Melayu.

“DAP juga berharap dapat kukuhkan kedudukan untuk bentuk kerjasama yang jauh lebih baik. Tapi, ia bergantung kepada pihak mana yang perlu ‘berkompromi’,” katanya.

Beliau berkata, sukar untuk melihat DAP dan Pas duduk semeja, melainkan wujud kerjasama atau kolaborasi dalam dua gabungan berlainan.

“Mungkin satu gabungan antara DAP, PKR dan Amanah dan satu satu lagi gabungan antara PKR dan Pas.

“Untuk berada dalam pakatan sama, agak mustahil kerana pemimpin utama Pas dah kata, kerusi adalah maruah, tak boleh dikorbankan dan perjuangan parti mereka perlu dihormati,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini Pas berkompromi dengan bergerak lebih kepada pembentukan negara berkepentingan, bukan negara Islam seperti diinginkan.

“Kita lihat Pas sudah berkompromi. Tapi selepas 2013, terjadinya percakaran antara pemimpin atasan kedua-dua parti.

“Jadi untuk kembali semula kerjasama seperti sebelum ini, siapa yang sanggup untuk berkompromi dan berkorban semata-mata untuk lahirkan satu blok yang jauh lebih baik?” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, gabungan Pakatan Harapan akan berterusan hingga PRU14, namun selepas PRU, keadaan akan berubah jika Pas masih tiada dalam pakatan tersebut.

“Jika Pas buat keputusan terus bertanding sendirian, lambat laun Pas Selangor juga kena ikut keputusan tersebut.

“Jadi kalau Pakatan Harapan bentuk kerajaan, Pas tidak akan ada dalam kerajaan,” katanya.

Menurutnya, setakat ni agak sukar untuk Pas dan DAP bekerjasama semula tetapi mereka punya masa untuk merubah pendirian.

“Pakatan Harapan memerlukan Pas dalam parti gabungan kerana itu DAP berpendapat PR harus diwujudkan semula.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.