Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KASI BAYAR BALIK DAN AWAK JANGAN LARI ERK ?



Rayani Air mohon maaf, minta tak 'serbu' pejabat
Rayani Air
Rayani Air.

SHAH ALAM – Pihak pengurusan syarikat penerbangan Rayani Air meminta orang ramai yang ingin menuntut bayaran balik tiket penerbangan supaya bersabar dan tidak datang ke pejabat.

Dalam satu kenyataan, Rayani Air menjelaskan, buat masa ini, pejabatnya masih tidak beroperasi berikutan kegagalan pelabur memberikan komitmen dengan baik.

Rayani Air dalam pada itu turut memohon maaf kerana  masih tidak mampu membuat pembayaran balik ke atas tiket penerbangan pelanggan mereka.

“Penarikan balik lesen-lesen ASL (Lesen Perkhidmatan Udara) dan ASP (Permit Perkhidmatan Udara) kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami.

“Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami,” kata pihak Rayani Air seperti yang dipetik menerusi kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, pihaknya sedang berusaha keras untuk diberikan peluang kedua beroperasi.
Jelas pihaknya lagi, dengan peluang kedua, pelabur akan mengambil alih pemilikan syarikat dengan kumpulan pengurusan baharu yang lebih baik.

“Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ia dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhadap pelanggan.

“Kami akan membuat pengumuman rasmi sebaik mendapat berita positif,” katanya lagi.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.