Shafie keluar parti, Umno rebah di Sabah?
SHAH ALAM - Pengunduran bekas Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal
daripada Umno didakwa sedikit sebanyak menjejaskan parti Melayu itu.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan
dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, namun keadaanya masih terkawal
kerana Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman telah berusaha untuk
meminimakan impak terhadap Umno.
"Setakat ini masalah hanya di Semporna, jadi ia masih terkawal di
Sabah, kerana Musa Aman setakat ini dilihat dapat mengawal bahagian Umno
yang lain," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Sebelum itu pada empat Julai lalu, Shafie telah mengumumkan bahawa beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada Umno.
[ARTIKEL BERKAITAN: Shafie umum keluar Umno]
Jelas Shafie, walaupun telah keluar dari Umno, beliau akan tetap
meneruskan perjuangan di Sabah demi rakyat di negeri itu yang telah
memilihnya sebagai wakil rakyat.
“Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita
akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan
negara.
"Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya, salah laku
saya selama saya memimpin Umno ini," katanya ketika berucap dalam
program Rakyat Bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pada 24 Jun lalu, Majlis Tertinggi Umno (MT) memutuskan agar bekas
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri
Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno berkuat
kuasa serta merta manakala Shafie pula digantung dari jawatannya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu
turut berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh MT Umno
kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.
2 orang berkata:
terima kasih banyak atas infromasi yang telah disajikan. . .
tetap semangat dalam menghasilkan tulisan luar biasa ini dan sukses selalu ..
terima kasih banyak atas infromasi yang telah disajikan. . .
tetap semangat dalam menghasilkan tulisan luar biasa ini dan sukses selalu ..
Post a Comment