Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OOOOWH ADA SYARAT PULAK


Najib kemuka syarat penyelesaian luar mahkamah
1MDB
1Malaysia Development Berhad

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengemukakan cadangannya mengenai syarat bagi penyelesaian di luar mahkamah dalam saman fitnah beliau terhadap Harakahdaily berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam beliau Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita hari ini bahawa cadangan penyelesaian di luar mahkamah itu dikemukakan kepada Harakahdaily pada 4 Julai.

Beliau berkata bagaimanapun, mahkamah menetapkan 26 Julai ini sebagai tarikh pengurusan bagi satu lagi kes berhubung perkara itu kerana peguam yang mewakili Harakahdaily, alat sebaran Pas, memerlukan masa untuk mendapatkan arahan daripada klien mereka berhubung syarat berkenaan. Hafarizam tidak menyatakan syarat itu.

Perkara mengenai pengurusan kes itu ditetapkan di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif di dalam kamarnya hari ini bagi membolehkan pihak terbabit memaklumkan kepada hakim tentang hasil cadangan untuk menyelesaikan kes
berkenaan.   

Peguam-peguam Datuk Takiyuddin Hassan dan Wan Rohimi Wan Daud hadir bagi pihak Harakahdaily.

Perdana menteri menyaman Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya berhubung sebuah artikel berunsur fitnah yang ditulis Rosli yang disiarkan Harakahdaily pada 19 Februari 2015.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa artikel itu menggambarkan bahawa beliau telah menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan itu berniat mencemarkan nama baiknya.

Beliau mendakwa Taufek tidak mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab dan tidak mendapatkan pengesahan tentang ketepatan kandungan tulisan Rosli sebelum Harakahdaily menyiarkannya.

Pada 15 Jun lepas, Najib memperoleh perintah daripada Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan sementara pendengaran saman fitnahnya terhadap Harakahdaily sementara menunggu keputusan dua rayuan beliau.

Rayuan itu ialah mengenai keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib pada 7 April lepas untuk meminda pernyataan tuntutannya bagi memasukkan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Satu lagi rayuan ialah mengenai keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib pada 23 Mei lepas supaya saman itu diputuskan mengikut undang-undang tanpa perlu mengadakan perbicaraan penuh. –Bernama

2 orang berkata:

Norakisma said...

Wahai hamba Allah pohon lah pertolongan kpd DIA, ikhiar banyak cara nya,Jauhilah perbuatan syirik, Berjudi-Haram tetap haram.

Norakisma said...

Wahai hamba Allah pohon lah pertolongan kpd DIA, ikhiar banyak cara nya,Jauhilah perbuatan syirik, Berjudi-Haram tetap haram.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.