Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Perjumpaan penubuhan parti


Pimpinan Pakatan Harapan tiba di YKP
Khairuddin Abu Hassan
Khairuddin ketika menemui pihak media di pekarangan YKP, sebentar tadi. - Foto Sinar Online

PUTRAJAYA - Beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan NGO dilihat telah tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Putrajaya, sebentar tadi dipercayai bagi menyertai mesyuarat bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Seawal jam 2.45 petang, beberapa pemimpin sudah kelihatan termasuk Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.

Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula tiba di pekarangan YKP kira-kira jam 2.50 petang.

Selain itu, beberapa pemimpin lain yang telah tiba ialah Datuk Zaid Ibrahim, Tian Chua, Datuk Husam Musa, Tan Sri Kadir Jassin, Anuar Tahir, Teressa Kok, Anthony Loke, Maria Chin, Datuk S Ambiga, Hishamuddin Rais, Syed Saddiq dan Kamarul Azman Habibur Rahman.

Kira-kira 20 minit pihak media menanti di luar pagar, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan keluar menemui media dan membenarkan media masuk menunggu sidang media berlangsung kira-kira 4.30 petang nanti.

Ketika ditanya agenda mesyuarat yang dijangkanya berlangsung dalam sejam itu, Khairuddin hanya berkata, "tunggulah Tun Mahathir umum sendiri".

Sebelum ini timbul spekulasi mengenai penubuhan parti baharu yang diketuai oleh bekas perdana menteri itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.