Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PILIHANRAYA MENGEJUT, PKR AKAN TERUJI, MUNGKIN AKAN BANYAK HILANG KURSI


Guan Eng rayu PKR sokong PRN mengejut
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng hari ini merayu PKR supaya dapat membuat keputusan bersama-sama untuk menyokong diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut.
  
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang secara terbuka merayu kepada kepimpinan tertinggi PKR agar menerima rancangan mereka untuk mengadakan PRN.

"Saya rayu pemimpin PKR, bukan pemimpin di sini, tetapi yang lagi atas (P‎usat), buatlah keputusan bersama walaupun saya tahu mereka takut kurang kerusi," katanya dalam majlis penerangan Kerajaan Pulau Pinang yang bertajuk

"Masa Depan Pulau Pinang" di sini.
  
Katanya, DAP juga bimbang akan perkara yang sama namun beliau mempunyai keyakinan terhadap rakyat Pulau Pinang.
  
"Saya tahu mereka (PKR) akan mengadakan satu mesyuarat esok (hari ini) dan berharap mereka akan menyokong cadangan kami," katanya.
    ‎
Antara pemimpin yang menghadiri majlis penerangan itu ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Rashid Hasnon, Timbalan Ketua Menteri II, Prof P. Ramasamy dan hampir seluruh barisan Exco kerajaan negeri.

Terdahulu, Guan Eng mengumumkan bahawa Amanah bersetuju menyokong PRN itu diadakan.

"Saya telah diberitahu Mat Sabu bahawa mereka akan menyokong cadangan PRN dan kini hanya menunggu keputusan daripada PKR," katanya.

Rabu lepas, Guan Eng memberitahu sidang berita bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan Amanah) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengenai PRN itu.

Cadangan mengadakan PRN itu berikutan tuduhan rasuah tterhadap Guan Eng. - Bernama

5 orang berkata:

Unknown said...

PKR tidak akan bersetuju dengan Snap poll di pulau pinang kerana mwnjangkakan akan hilang banyok kerusi. Di kawasan melayu PKr akan kalah kp. UMNO. Dan dikawasan 40% pwngundi cina,PKR akan kalah kpd.Gerakan.
DAP memang sedar,ini akan berlaku. Dan ini yang DAP mahukan. DAP akan memerentah secara solo dan pembangkang akan di pimpin oleh Gerakan. CINA JUGA.
Cina DAP dan Cina Gerakan akan bersuka ria dengan wayang cina mereka.
UMNO akan menonton sahaja wayang itu,kerana mahu ambil hati pengundi cina dalam PRU 14 nanti.
PAS? Dikatakan tidak relevan lagi. Apa pun PAS akan turut serta menjadikan pertandingan 3 penjuru.
Sama sama lah kita lihat permainan wayang cina nanti..

Anonymous said...

Dap akan sokong PH. PH akan sokong dap. Pas akan hanyut di lautan sepi yg letaknya dekat teluk Honshu bersebelahan laut Hokaido, Jepun. Di situ tuan Hayadi Harusokmo bersemadi

Anonymous said...

Pas akan tinggal sejarah di penang. Di kelantan dan selangor bn bakal menggantikan pas.

Pertandingan 3 penjuru amat dialu-alukan kerana pas kuat giler.

Anonymous said...

Kan best kalu zuhdi jadi presiden parti walaonta.

Anonymous said...

Kalu kelantan jatuh kpd BN, hj hadi mesti dipecat serta-merta. Dia ni tak boleh pakai

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.