Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RASA HORMAT SELEPAS RAMADHAN PAS BAGI AIR BUKAN BOLA TANGGUNG


Isu Pakatan: Apakah ada jalan keluar?
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
 
BILA mana tentera sudah tidak tahu mana satu musuh yang menjadi sasaran, lalu mereka menembak sesama sendiri.

Situasi tersebut ibarat keadaan parti politik di Malaysia hari ini yang lebih banyak menghalakan senjata kepada bukan sasaran sebenar. Akibat dari kecamuk ini, kekeliruan timbul - siapa ialah musuh sebenar?

Nampaknya musim melawaskan sudah tiba, di mana daun keguguran dan hasil sangat berkurangan bagi parti-parti politik di Malaysia. Barangkali inilah putaran politik negara sebagaimana putaran semua perkara.

Apakah harus kegawatan ini dibiarkan berterusan?

Negara perlu diselamatkan dari kerosakan yang sangat menakutkan sekarang.

Kedudukan kewangan negara yang kritikal, bebanan kos hidup rakyat yang meningkat, puluhan ribu rakyat kehilangan pekerjaan, peruntukan kerajaan yang terpaksa dipotong, penyelewengan, pencucian wang haram, rasuah dan pembaziran di kalangan pemimpin utama negara yang semakin menjadi-jadi, isu kebejatan moral masyarakat yang makin menipis adalah antara ratusan isu besar yang memerlukan perhatian.

Sepatutnya semua menghalakan senjata kepada musuh sebenar, kerana sekuat mana musuh sebenar apabila semua serangan dituju kepadanya akan pasti tumbang akhirnya.

Namun, apa yang terjadi ialah masing-masing ingin menjadi hero bagi membuktikan ‘akulah yang berjaya menumbangkan musuh.’ Maka, sesiapa yang berpotensi menjadi hero mesti dihapuskan dahulu kerana masing-masing percaya bahawa diri sendiri sahaja yang layak menumbang musuh.

Setelah saingan dikalahkan, barulah senjata dihalakan kepada musuh sebenar. Inilah situasi terkini dunia politik tanah air.

Apakah musuh telah berjaya menyerap masuk dalam kem lalu menyamar sebagai kawan sehingga mencetuskan porak-peranda dari dalam sehingga masing-masing hilang kepercayaan antara satu sama lain?

Lihat sahaja kemelut yang berlaku dalam PKR, Pas, PAN, DAP dan semua parti utama termasuklah juga apa yang berlaku dalaman BN khasnya Umno.

Di kalangan blok pembangkang juga tidak kurang hebatnya di mana ahli parti menyerang kepimpinan parti sendiri dan antara satu parti menyerang parti lain.

Rakyat teramai keliru dan ada yang ketawa sendirian dan ada yang menggeleng kepala melihat keadaan politik pembangkang hari ini. Semua tersekat di dalam lumpur. Nak ke depan tak jelas jalan mana. Nak undur ke belakang rasa nak ke hadapan. Nak kekal tak jadi sebab dah tahu pasti tenggelam. Inilah yang sedang dirasai rakyat teramai.

Persoalannya, apakah ada jalan keluar?

Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar (Umno-BN).

Jangan pedulikan tulisan murahan cybertrooper yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat.

Apa yang penting dilihat ialah masa depan negara. Kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara.

Kedua ialah mencari titik kompromi, di mana ia tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.

Namun, jalan kompromi ini tidak mudah.

Pertama, tiada satu ubat mujarab yang dapat menyembuhkan luka mendalam di hati antara parti-parti pembangkang.

Kedua ialah apakah perkara yang perlu di kompromi dan apa yang tidak boleh di kompromi?

Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza. Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan.

Dalam setiap kali kerjasama politik, sejarah telah membuktikan bahawa Pas sebagai parti lama selalu mengambil sikap berjiwa besar mengorbankan kerusi, berkongsi jentera serta memberikan bantuan kewangan kepada rakan-rakan parti.

Apakah ini tidak cukup sebagai rakan parti?

Bagi Pas, semua tahu bahawa Pas tidak akan berkompromi dalam perkara yang menjadi dasar dan prinsip Islam yang tidak akan melampaui dan mencabul hak bukan Islam.

Pas tegaskan bahawa kami tidak akan mengorbankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan Pas sejak ditubuhkan dan inilah pegangan semua kepimpinan parti dari dahulu sehingga kini.

Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa Pas adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi Pas memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada.

Dengan niat yang betul, kompromi boleh dicapai dengan hanya memfokuskan apa yang boleh disumbangkan oleh setiap parti tanpa perlu menggadaikan dasar parti masing-masing.

Jika titik kompromi tidak dapat dicapai, terpaksalah semua parti pembangkang bersedia untuk menang jadi arang, kalah jadi abu di PRU akan datang.

Jika titik kompromi dijumpai, percayalah yang menjadi abu hanyalah satu, iaitu Umno-BN.
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden Pas
13 Julai 2016
 
 
 

3 orang berkata:

An Anonymous said...

Saya secara peribadi tidak bersetuju ada rundingan baru terutama dgn DAP Dan kodamnya PAN.

Anonymous said...

Kahkahkah

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.