Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAMAN SEMUA YANG BERKAITAN


Jangan hanya saman pengguna, tapi saman sekali syarikat
 Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM – Pihak berkuasa jangan sekadar menyaman pengguna lebuh raya sebaliknya tekanan harus turut dikenakan syarikat konsesi tol untuk mengatasi masalah kesesakan lebuh raya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, masalah kesesakan lebuhraya setiap kali musim perayaan dan cuti adalah masalah bersama yang bukan hanya harus dipikul oleh pengguna lebuh raya sahaja.

“Rakyat sudah ditekan dengan kekerapan kenaikan tol dari semasa ke semasa. Untuk berlaku adil, kerajaan harus mengenakan tekanan kepada syarikat konsesi tol untuk mencari formula menyelesaikan kesesakan di plaza tol.

Seperti para pengguna lebuhraya, syarikat konsesi tol yang gagal mengatasi masalah kesesakan di sepanjang lebuhraya, terutamanya kesesakan di plaza tol juga mesti disaman,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, tindakan pihak berkuasa menyaman dan memasang perangkap had laju secara tersembunyi tidak akan membantu pengguna supaya selamat tiba di destinasi.

Malah ia hanya bertujuan menghukum dan mengikis duit pengguna lebuh raya.

“Kalau menyelamatkan nyawa para pengguna lebuhraya menjadi keutamaan perangkap hadlaju, maka sepatutnya perangkap hadlaju harus dipasang di selekoh-selekoh maut lebuhraya secara terang-terangan tanpa perlu bersembunyi.

“Pengguna lebuhraya pula diberikan amaran seawal 5km sebelum tiba di destinasi perangkap had laju yang dipasang agar mereka dapat mengurangkan kelajuan kereta sebelum tiba di selekoh maut supaya mereka boleh melalui mana-mana selekoh maut dengan kadar laju yang selamat dan tidak membahayakan diri dan keluarga,” katanya.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.