Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUATU PANDANGAN YANG SANGAT BAIK, MUNGKIN PAS SUDAH MERANGKA INSYA ALLAH


Lima nasihat kepada Pas kalau nak menang
Pas


SHAH ALAM – Kekalahan Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukanlah perkara luar biasa. Sebagai salah satu parti politik yang ikut bertanding dalam arena PRK tanah air, sudah menjadi adat bagi parti yang bertanding untuk menang atau kalah.

Bagaimanapun kekalahan Pas dalam kedua-dua PRK tidak boleh di pandang enteng oleh pimpinan parti itu.

Penganalisis politik, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis menggariskan lima perkara yang perlu dilakukan Pas sebelum bermulanya musim Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pilih pihak yang tegar bersama Pas
Menurut Muhammad Shamsinor, Pas perlu memilih blok parti lain sebagai rakan dalam menghadapi PRU kerana permuafakatan politik adalah teras utama untuk menang dalam pilihan raya di negara ini.

“Jika mahu bergabung atau pilih mana-mana pihak, Pas perlu pilih sama ada mahu bergabung dengan Pakatan Harapan atau BN.

“Jika Pas hanya mahu bentuk kerjasama, kerjasama sama ada dengan pembangkang atau BN perlulah dibentuk daripada sekarang bagi membina penyelarasan dan persefahaman,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Kompromi
Katanya lagi, sekiranya Pas sudah memilih ‘bulu’ (rakan) bagi perjuangannya, parti Islam itu juga perlu berkompromi dengan rakan seangkatannya.

“Berjuang secara sendirian memang nampak heroic, tetapi Pas kena tahu yang membina barisan atau pakatan dalam berjuang lebih sesuai dengan lanskap politik negara.

“Jika Pas sudah pilih rakan, Pas perlu bertolak ansur dengan kekuatan dan kelemahan rakan yang dipilih tanpa mengabaikan aspirasi penubuhan parti sendiri,” katanya lagi.

Belajar main isu semasa
Tambahnya, Pas juga perlu mendukung isu dan kemahuan yang bermain di fikiran rakyat. Dengan kekuatan rakan parti lain, Pas boleh menyusun strategi untuk bermain isu yang sesuai dengan keadaan semasa.

“Pas perlu bersama dengan parti lain untuk membawakan isu yang melekat di hati pengundi dalam barisan yang dipilih. Dengan cara itu, Pas mempunyai kelebihan untuk membentuk serangan secara kolektif dalam pihak yang dipilih,” ujarnya.

Berani teruskan agenda
Selain itu, menurut Muhammad Shamsinor lagi, Pas juga perlu berani meneruskan agenda memperkasakan Islam sebagai agama Persekutuan negara.

“Ia dilihat lebih berprinsip tetapi berhikmah, sekali gus mendapat sokongan pengundi Muslim serta kepercayaan pengundi bukan Islam,” katanya lagi.

Kaji dan kaji lagi.
Akhir sekali, Pas juga dikatakan perlu melaksanakan kajian demi kajian berkaitan pengundi dan PRU14. Kajian tersebut perlu dilakukan secara berkala bagi mengenal pasti peluang dan strategi sesuai untuk Pas melancarkan serangan pada waktu yang sesuai.

“Melaksanakan kajian secara akademik dan berkala dalam mendapatkan jawapan tahap dominan atau kepentingan sesuatu isu, strategi kempen yang menambat hati dan calon yang diterima pengundi. Ia perlu dilakukan jika Pas mahu memahami secara jelas lanskap politik negara yang dinamik,” tegasnya.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.