Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU DIMANA-MANA


Empat polis maut diserang penembak hendap
Empat polis maut diserang penembak hendap
Sekurang-kurangnya empat anggota polis maut berbalas tembakan dengan kumpulan penembak hendap, malam tadi.

TEXAS - AMERIKA SYARIKAT . Sekurang-kurangnya empat anggota polis maut berbalas tembakan dengan kumpulan penembak hendap ketika bantahan meletus di pinggir bandar raya Dallas, malam tadi.

Difahamkan, bantahan itu dilaporkan berlaku susulan pembunuhan lelaki berkulit hitam yang ditembak polis di Minnesota dan Louisiana, minggu ini.

Ketua Polis Dallas, David Brown dalam satu kenyataan berkata, dua penembak hendap menyasarkan 10 anggota polis dengan tiga daripada mereka terbunuh.

Manakala dua lagi anggota polis dilaporkan kritikal.

Selain itu, katanya lagi, pihaknya turut menerima maklumat kumpulan tersebut meletakkan bom di beberapa lokasi di sekitar bandar itu.

Bagaimanapun lokasi bom tidak didedahkan.

"Gerakan memburu suspek kini sedang giat dilakukan," katanya seperti yang dipetik menerusi Dailymail.co.uk.

Sebelum itu, stesen penyiar KABC melaporkan, tembakan dilepaskan ketika demonstrasi di Taman Belo Garden di Dallas.

Difahamkan lagi,. kejadian tembakan itu berlaku sejurus selepas ratusan peserta bantahan berarak melalui bandar tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.