Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUBUHKAN BALIK PAKATAN RAKYAT DAN PARTI MAHADHIR BOLEH JOIN


Pas tidak terburu-buru sertai parti Tun M
Hadi, Mahathir

MARANG - Pas tidak akan terburu-buru membuat keputusan untuk menyertai pakatan pembangkang baharu yang akan diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pakatan baharu itu sebagai sebuah bahtera yang kelam kabut kerana hanya berhasrat mahu menumbangkan kerajaan sedia ada.

"Pas ada jawatankuasa pusat, jawatankuasa politik dan Majlis Syura Ulama yang akan meneliti dengan terperinci berhubung tindakan Pas sama ada mahu menyertai pakatan itu atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Rusila di sini hari ini.

Semalam, Dr Mahathir mengumumkan satu pakatan pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Amanah akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional pada PRU14 akan datang.

Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk parti itu kembali menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP dalam memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang, Abdul Hadi menjelaskan Pas sentiasa berbaik dengan semua pihak termasuk kerajaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata Pas hanya akan bekerjasama dengan pihak yang mahukan perubahan ke arah yang lebih baik dan menyokong dasar serta perjuangan Pas dalam menegakkan syiar Islam di negara ini. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.