Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA DURI DALAM BERSATU, CER SENARAIKAN UCAPAN MAHADHIR YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM


Sukar kerjasama sebab Tun M
Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Sikap  Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed yang tidak pernah berubah akan menyukarkan lagi kerjasama antara pembangkang secara keseluruhan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pakatan pembangkang akan menghadapi kesukaran jika terus bekerjasama dengan Mahathir.

“Kalau nak bersatu dia kena ubah. Mahathir kena ingat dia bukan lagi perdana menteri atau presiden Umno, kita juga tekad tidak masuk Pakatan Harapan.

“Mahathir dahulu lagi merasakan dia sentiasa betul, banyak ilmu dan setaraf ulama. Tindakannya melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap ulama termasuk mufti menunjukkan sikapnyatidak pernah berubah,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Perdagangan Kredit Karbon dalam hutan simpan kekal antara kerajaan negeri dengan Syarikat Climate Protector Sdn Bhd di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir yang menolak pandangan pelbagai pihak termasuk mufti yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang menyifatkan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji mabrur.

Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar bagaimanapun, menyerahkan kepada rakyat menilai tingkah laku Mahathir yang sering melemparkan tuduhan yang tidak berasas.

“Itulah Mahathir, dia bercakap semua perkara walaupun dia tidak faham. Dia yang dahulu dan sekarang sama sahaja,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Cer senaraikan perbuatan pas yg bercanggah dgn islam...

Boleh aku senaraikan tak??

Anonymous said...

Dlm PAS ramai badut2 penunggang agama.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.