Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANGANG TIDAK SEBARANG TANGGUNG !

ORANG YANG PERGI HAJI TU SEMUANYA DAPAT MABRUR KE ?
-Pak Karamu-
 
 
Tun M digesa tarik balik kenyataan haji tak mabrur
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim meminta agar bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menarik semula dan memohon maaf berikutan dakwaan beliau bahawa status para jemaah Haji di bawah tajaan 1MDB adalah tidak mabrur.

Menurutnya, tindakan tersebut perlu dilakukan oleh Mahathir kerana perlihatkan seolah-olah segala kebaikan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak baik di matanya.

“Tuduhan tersebut sangat besar dan perlihatkan segala kebaikan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib, semuanya tidak diterima ALLAH SWT,

“Saya berharap agar Tun Mahathir dapat menarik semula dakwaan tersebut dan memohon maaf kepada jemaah Haji di bawah tajaan Yayasan 1MDB kerana ramai jemaah haji dari parlimen Kuala Selangor yang terguris dengan tuduhan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, Mahathir ada menyebut status ibadah Haji yang ditunaikan melalui tajaan di bawah Program Khas Perdana Menteri, Yayasan 1MDB adalah tidak mabrur.

Tambahnya lagi, beliau kesal dengan sikap bekas PM itu yang dilihat takbur terlampau ekstrem dalam mempertikaikan sesuatu kebaikan.

“Beliau tidak boleh bersikap takbur dengan menentukan status ibadah haji seseorang kerana setiap ibadah hanya mampu ditentukan oleh-NYA sahaja,

“Kelantangan beliau yang melampaui batas mungkin didorong atas sebab-sebab politik,” katanya lagi.

Selain itu, beliau juga mengharapkan agar jasa-jasa Mahathir bersama Umno/ BN sebelum ini dilupakan begitu sahaja kerana insiden seperti ini.

“Kita tidak mahu segala jasa Tun Mahathir sebelum ini akan hanya dilupakan begitu sahaja akibat terlalu takbur dan ekstrem dalam mempertikaikan sesuatu kebaikan yg dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional,” tambahnya lagi.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Tajuk pakkaramu tak bestlah.
Kutuklah pan dan dap, barulah best.

Anonymous said...

Org2 alim dulu kalu gi haji guna duit simpanan dia sikit demi sikit. Duit jual kopi, duit gali parit, duit potong getah....Balik hj makin alim. Sbb duit yg dia gunakan halal 100%. Org kata duit tu berkat.

Anonymous said...

Pergi mekah ni kalu guna duit titik peluh sendiri, nikmatnya tidak dapat dibayangkan. Khusyuknya tiada was2. Buat haji pun senang tanpa fikir benda2 subhah yg mengganggu ibadah kita di sana.

Gi haji free tak tau la sbb aku tak pernah bual dgn hj free.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.