Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HAJI MDB ?

Jemaah haji 1MDB tak perlu risau status ibadah
Jemaah Haji
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jemaah haji yang menunaikan ibadah haji melalui tajaan di bawah Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak perlu risau dengan status ibadah mereka.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, jemaah haji perlu yakin bahawa setiap ibadah yang dilakukan itu diterima oleh Allah SWT dan bukannya ditentukan oleh seseorang.

"Mereka (jemaah haji) perlu letak harapan dan berdoa bahawa amalan seperti menunaikan solat, puasa, zakat dan haji ini diterima dan selepas itu mereka harus yakin ALLAH SWT menerima permintaan kita," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa ibadah haji dilakukan jemaah menerusi tajaan yayasan itu tidak akan mendapat haji mabrur.

Mohamed Shukri turut berkata, program tajaan yayasan itu harus diteruskan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk menunaikan rukun Islam kelima.   

"Bukan semua berpeluang menjadi tetamu ALLAH dan usaha murni yang dilakukan ini boleh diteruskan...ia tidak menjadi masalah untuk penerima sumbangan itu pergi (tunai haji)," kata Mohamed Shukri.

Bagi Imam Masjid Negara Khisamudin Ismail pula, kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir itu hanyalah berunsur politik semata-mata dan tidak seharusnya dibimbangi jemaah haji yang terlibat.

"Bagi pandangan saya, kenyataan itu lebih berunsurkan politik dan jemaah haji yang ditaja itu menerima hadiah dan ia tidak mendatangkan masalah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Pekan, Abdul Kadir Bakar melahirkan kekecewaan berhubung kenyataan yang dikeluarkan bekas perdana menteri berkenaan.

"Saya dukacita mendengar kenyataan itu. Bagi saya, beliau tidak berhak menentukan bahawa haji seseorang yang ditaja di bawah yayasan itu mabrur atau tidak.

"Kenyataan itu juga hanya politik semata-mata tetapi membuatkan sesetengah jemaah haji yang terlibat marah, ini kerana kami bersyukur kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan program sebegitu," katanya.

Kata Abdul Kadir, beliau sendiri berpeluang menunaikan haji pada tahun pertama program itu dilancarkan iaitu pada 2011. - Bernama

12 orang berkata:

Anonymous said...

Sebab tu islam dipandang hina..ulasan mufti dedak..benda haram jadi halal..matlamat x menghalalkan cara..

Anonymous said...

Agak2 kalau aku rompak bank..lepas tu aku buat surau dgn duit tu..polis boleh lepas ke..

Hamba Allah said...

Hang tau mana benda tu haram??islam xkan dipandang hina klo org mcm mahathir,pan,pkr dan umno xdak kt bumi malaysia ni

Anonymous said...

Yg halal tetap halal. Yg haram tetap haram. Di antara kedua2nya ialah subhah. Untuk pergi haji, ustaz masjid saya kata jgn gunakan duit yg haram atau subhah. Gunakan yg halal sahaja.

1mdb halalkah?
Terpulang pada anda.....

Anonymous said...

Patutnya duit tu guna buat bayar hutang 1mdb dulu. Hutang biluon2 nak bayor pun susah. Byk hutang tak payah la nak tunjuk baik hantar org pergi haji.

Mana lebih ptg? Mana yg wajib. Bayar hutang ker bayar org pergi haji???

Anonymous said...

Klu dah untung ok la. Org x bising. Sykt ni ada untung tak?

Anonymous said...

Bagi aku la, selesaikan hutang2 dulu kat mana2 pijam tu. Kat tabung hj ker, kat kwsp ker, kat amanah pencen ker...kalau ada la. Klu tak ada hutang ikut suka la nak hantar...

Anonymous said...

Tok wan kita simpan duit tabung sejak muda dulu. Dah cukup tiba2 tak dpt pergi sbb ada org potong lane.

Dah la free, potong lane pulak turr. Klu kat jln raya, potong lane ni kena saman polis rm300. Jpj pun saman rm300.

Derang yg free tu boleh plak potong lane ye?? Klu tok wan aku mati tahun ni x dpt gi haji, jo bole dpt hj mabrur ke potong lane??

Anonymous said...

Ustaz kat masjid aku kata, ibadah hj tu utk yg mampu saja. Rujuk google maksud "MAMPU" tu. Kalu betul2 tak mampu, tak diwajibkan pun.

Anonymous said...

Klu duit sykt tu duit rakyat, maknanya semua rakyat boleh mintak belanja pergi haji. Tak boleh main pilih2 yg sesuai dgn jiwa kita. Itu tidak adil. Dosa klu tak adil.

Tak bole la pilih iman2 dan jkkk je. Org2 pas pun layak dpt jugak... kot??

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI  insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

raybanoutlet001 said...

polo outlet
mont blanc pens
saints jerseys
cheap jordan shoes
polo ralph lauren
fitflops sale clearance
jordan shoes
ralph lauren outlet
true religion jeans
versace shoes

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.