Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS HANYA TIDAK BOLEH BEKERJASAMA DENGAN DAP DAN PAN

Ruang kerjasama Pas-Bersatu masih terbuka
Pas

KOTA BHARU - Pemuda Pas optimis kerjasama Pas dengan Bersatu berlaku meskipun Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad sering kali bersikap negatif termasuk melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap ulama.

Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Tun Mahathir bukan lagi faktor penting dalam politik, malah kenyataan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri itu boleh dinilai sendiri oleh masyarakat sama ada relevan atau sebaliknya.

"Kita di pihak parti sendiri sudah buat keputusan tidak akan ada sebarang kerjasama antara Pas dengan DAP dan Amanah. Kita akan terus menentang BN. Bagi kita, Bersatu masih mempunyai peluang untuk kerjasama dengan Pas.

"Kalau kenyataan Tun Mahathir sendiri boleh menyebabkan kerugian kepada Bersatu, mereka boleh buat keputusan sendiri," katanya kepada media ketika menghadiri majlis penyampaian geran keusahawanan anak muda Kelantan di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyifatkan sikap Tun Mahathir yang tidak pernah berubah sekali gus menyukarkan lagi kerjasama antara pembangkang secara keseluruhan.

Sebelum ini, Mohd Amar berkata, Tun Mahathir sejak dari dahulu merasakan dirinya betul, banyak ilmu dan setaraf ulama, malah tindakan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap ulama termasuk mufti menunjukkan sikapnya yang masih tidak berubah.

Sementara itu, ketika ditanya adakah Pas akan mengikut telunjuk Tun Mahathir sekiranya kedua-dua parti itu bekerjasama, Ahmad Fadhli menegaskan, isu itu tidak pernah timbul kerana setiap parti mempunyai kepimpinan tertinggi.

Ketua Pemuda Pas negeri itu juga berkata, parti Islam tersebut pernah bersama dalam Pakatan Rakyat dan barisan alternatif, malah bukti menunjukkan mereka tidak perlu mendengar nasihat sesiapa untuk membuat keputusan.

Mengulas mengenai perancangan Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli berkata, pihaknya sudah mengatur beberapa siri ceramah melibatkan pimpinan parti itu dan PKR, malah tidak menolak kemungkinan akan sepentas dengan Bersatu.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Dgn pemberi dedak ok

Anonymous said...

Pkr & bersatu nak kat pas ke?
Bahahaha

Anonymous said...

Dap dan pan tak bole kerjasama dgn pas dan umno je

PAk JUSTAN DI BATANG said...

Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.