Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK BOLEH HENTI, TERUS PECAH BELAH !

KATA PANDAI BERPOLITIK, LA NI NGAPA
MULA MENGGELABAH ?
PAS BUAT RUNDINGAN DENGAN PKR DAN BERSATU
ITU PAS PUNYA PASALLAH
APA PASAL PAN MENYIBUK ? 
KATA LAGI LA MACAM-MACAM KAT PAS
TERUSKAN MENGATA DAN MENCERCA

-Pak Karamu-
 
 
Amanah minta henti segera sikap pecah belah Pas
Khalid Abdul Samad
Khalid Abdul Samad

SHAH ALAM – Usaha pecah belah oleh Pas dalam rundingan antara pembangkang bagi pilihan raya akan datang perlu dihentikan segera.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, titik noktah terhadap usaha Pas itu perlu bagi mengelak dari berlakunya pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya.

“Pas terus dengan usaha memecahbelahkan kesatuan pembangkang dan menggagalkan rundingan dengan menolak untuk berunding dengan Pakatan Harapan.

“Sebaliknya Pas hanya sanggup berunding dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam masa sama, pihaknya turut mengucapkan penghargaan terhadap Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad yang menyatakan keperluan rundingan untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

“Inilah yang disarankan oleh Pakatan Harapan dan Bersatu selama ini tetapi ianya ditolak Pas.

“Kami mengambil maklum pandangan Iskandar yang menyebut bahawa sekiranya Amanah ingin gantikan Pas maka Amanah perlu bertanding sendiri melawan Pas dan bukan menghantar parti lain sama ada PKR atau Bersatu,” katanya lagi.

Oleh itu, katanya lagi, pihaknya mengesyorkan Pas untuk menghentikan ugutan terhadap PKR dan Bersatu dengan kata-kata akan bertanding di kerusi kedua-dua mereka sekiranya mereka bekerjasama dengan Amanah.

“Kami terpaksa bersedia menghadapi Pas secara tiga penjuru sekiranya Pas terus berusaha memecahbelahkan Pakatan Harapan dengan berunding hanya dengan PKR dan Bersatu dan tidak dengan Pakatan Harapan.

“Kami bagaimanapun mengharapkan Pas bersikap terbuka untuk berunding dengan Pakatan Harapan. 

Namun sekiranya tiada perubahan pada sikap Pas maka Amanah tidak akan menghampakan pihak yang menunggu,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.