Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PAYAH NAFI, RAKYAT MALAYSIA TAHU

Amanah bukan diperguna DAP
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir
Anuar Tahir

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah)  merupakan  sebuah parti Islam dan tidak pernah menjadi alat serta dipergunakan oleh mana-mana parti politik di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir berkata, dakwaan yang mengatakan Amanah merupakan alat kepada DAP adalah berniat jahat dan fitnah semata-mata malah ia turut dianggap sebagai tuduhan tanpa fakta.

“Kami adalah parti Islam yang tak mungkin diperalatkan oleh mana-mana pihak.

“DAP merupakan sebuah parti demokratik yang memperjuangkan nasib rakyat malah mereka juga telah menjadi mangsa tohmahan rasis sejak dari dulul lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa Amanah diibaratkan seperti ‘penyapu’ berikutan kesungguhan mereka mempertahankan DAP khususnya dalam agenda memperkasakan Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

Menyentuh mengenai dakwaan itu, Anuar berkata, Amanah telahpun memberi pandangan  di Parlimen  berhubung pendirian mereka  terhadap   RUU355  dan segala tuduhan yang dilemparkan tersebut adalah palsu.

“Bila masa kita tentang RUU355?

“RUU355 belum dibentangkan malah hanya baru dibaca di Parlimen dan saya mempersoalkan dakwaan fitnah tanpa bukti tersebut,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Yg rakyat Msia belum tahu bila Hadi n the geng lebai penunggang agama nak saman Sarawak Report?

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI  insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.