Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, 24 February 2014

Taib Mahmud Didapati Bersih Lagi Suci.. Ini Bukti Terbaru

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal untuk mengaitkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan penyalahgunaan kuasa dalam kelulusan tanah yang diberikan kepada keluarganya kerana kelulusan dilakukan oleh dua menteri kanan negeri, kata sumber.

Dua menteri tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang merangkap menteri permodenan pertanian dan pembangunan luar bandar dan Datuk Awang Tengah Ali Hassan (menteri perancangan sumber dan alam sekitar II, menteri pembangunan perindustrian).

Kertas siasatan SPRM sudah dibuka lima tahun lalu kerana Taib dikatakan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan rasuah.

“Pasukan penyiasat mendapati Taib tidak membuat sebarang keputusan untuk mengelakkan menyalahi undang-undang tetapi mewakilkan dua menteri yang meluluskannya dalam dua majlis berbeza,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Mengikut seksyen 23 Akta SPRM 2009, seorang penjawat awam tidak boleh menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya untuk mendapat suapan rasuah, seseorang pengerusi atau ahli dalam sesuatu mesyuarat yang mempunyai kepentingan tidak boleh terbabit dalam membuat keputusan sama ada untuk dirinya, saudara-maranya atau sekutunya.

Akta SPRM mendefinasikan keluarga termasuk isteri, abang atau kakak, abang atau kakak ipar, pakcik, makcik, menantu lelaki dan perempuan.

Oleh kerana pasukan SPRM tidak mempunyai bukti Taib menyalahgunakan kuasa, maka kenyataannya tidak dapat direkodkan berhubung pemberian tanah kepada ahli keluarganya.

Semasa proses siasatan, pasukan SPRM juga mendapati hanya di Sarawak pemberian tanah diluluskan oleh ketua menteri dan menteri kanan.

“Di negeri lain, majlis mesyuarat exco yang membuat keputusan bersama dalam urusan tanah.

“Pasukan siasatan juga mendapati, sebelum ini keputusan dibuat oleh Kabinet Sarawak tetapi ia diubah semasa pemerintahan Taib,” kata sumber tersebut dan menambah prosedur ini perlu diubah kerana ia menggalakkan penyalahgunaan kuasa.

Sumber berkata, kertas siasatan berhubung kes itu masih dibuka kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan pasukan tersebut untuk mendapatkan lebih banyak bahan bukti.

“Serbuan diadakan di lokasi terpilih oleh pasukan tersebut untuk mendapatkan bukti penting tetapi tidak berjaya. Sehingga itu pendakwaan terhadap Taib akan kekal sukar dilakukan,” kata sumber.

Pada 2009, SPRM menubuhkan satu pasukan terdiri daripada 20 pegawai selepas mendapat maklumat daripada satu blog berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Taib untuk kepentingan dirinya.

Sepanjang tempoh tersebut, 10 kertas siasatan dibuka dan pakar-pakar forensik perakaunan swasta turut membantu dalam mengesan dokumen dan jejak wang.

"Pasukan itu memeriksa kira-kira 500 fail namun siasatan menemui jalan buntu," katanya.

Parti pembangkang Sarawak dan ahli akademik menggesa Taib perlu dipastikan bebas daripada sebarang tuduhan rasuah sebelum dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri.

Mereka mendakwa meskipun jawatan berkenaan hanyalah sebagai simbol perpaduan kepada rakyat Sarawak tetapi meletakkan Taib adalah langkah kurang tepat kerana dikatakan jawatan itu kebal daripada pendakwaan.

Timbul spekulasi apabila Taib, 78, dikatakan akan dilantik sebagai Yang Dipertua Sarawak ke-7 bermula 1 Mac ini menggantikan Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Barieng.

Taib mengumumkan untuk meletakkan jawatan pada hujung bulan ini dan akan digantikan oleh Tan Sri Adenan Satem, bekas adik iparnya

Naib Presiden PKR Sarawak, See Chee How meminta Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja melanjutkan tempoh perjawatan Salahuddin sehingga selesai siasatan SPRM ke atas Taib.

Pengerusi DAP negeri, Chong Chien Jen berkata pelantikan Taib akan mencemarkan reputasi Sarawak dan ia sesuatu yang tidak tepat jika Majlis Raja-Raja menerimanya.

Kajian yang dijalankan badan antarabangsa Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan kekayaan Taib USD15 bilion (RM46 bilion) sementara 20 ahli keluarganya mempunyai kekayaan USD21 bilion (RM64 bilion).

Satu siasatan sulit yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa Global Witness turut mendakwa Taib melakukan rasuah dalam mendapatkan tanah dan pengecualian cukai.

"Beliau melakukan kesalahan ini dalam urusan mendapatkan lesen balak dan ladang kelapa sawit di Sarawak," kata NGO tersebut yang turut menambah ketua menteri itu bertanggungjawab dalam beberapa kes pencabulan hak asasi manusia.

Minggu lalu, sekumpulan 55 NGO Malaysia dan sayap pemuda daripada empat parti pembangkang melancarkan petisyen atas talian merayu Agong menyekat pelantikan Taib.

Peguam, Karpal Singh berkata Raja dan Gabenor tidak menikmati kekebalan dalam melakukan kesalahan jenayah dalam kapasiti peribadi mereka.

"Tidak ada sekatan terhadap kesalahan jenayah termasuk rasuah dan mereka yang bersalah boleh didakwa jika pihak pendakwaan mempunyai bukti yang cukup," katanya.

Karpal berkata, tidak seperti sembilan Raja Melayu, gabenor terbuka kepada pendakwaan di mahkamah biasa.

“Plantif perlu mendapatkan persetujuan peguam negara untuk memulakan prosiding sivil terhadap Raja di Mahkamah Khas,” katanya. ~tmi

 




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.