Sunday, February 23, 2014
Kawin-Cerai Artis: Ini Memang Aku Tak Faham! - Bacalah Cerita Erra
Memang jodoh, mati, tanah kubur dan rezeki adalah ketentuanNya
Satu lagi 'hidayah' adalah hakNya juga
Tapi gelaran 'Artis' seolah menjadi taboo bagi alam perkahwinan.......kenapa?
Nasib primadona...
Satu lagi 'hidayah' adalah hakNya juga
Tapi gelaran 'Artis' seolah menjadi taboo bagi alam perkahwinan.......kenapa?
Nasib primadona...
AKMALIAH RAZAK - 23 Februari 2014
TERNYATA, apa
tertulis dalam bait lagu, Yang Terindah Hanyalah Sementara, nyanyian,
Erra Fazira, ini lebih dekat untuk menggambarkan situasi dirinya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul apabila rumah tangga yang dibina lebih enam tahun lalu berkecai akhirnya.
Tidak perlu
menuding jari pada Erra mahupun bekas suami, Engku Emran Engku Zainal
Abidin, kerana hanya mereka tahu apa yang berlaku di sebalik perpisahan
ini.
Walaupun ia
adalah keputusan bersama (bercerai), namun air mata juga yang menjadi
jawapan kepada gelojak jiwa, Primadona Melayu ini.
Ketenangan yang
dipamerkan ketika Engku Emran melafazkan cerai hanyalah pandangan
luaran sahaja kerana yang pasti, jiwa wanita ini juga turut menangis.
Lebih
memilukan, perpisahan ini juga menjadikan Erra sepi sendiri apabila hak
jagaan untuk anak tunggalnya, Engku Aleesya, turut diserahkan kepada
bekas suami.
Terpaksa
berdepan dengan masyarakat yang sentiasa dahagakan penjelasan, kisah
penceraian ini juga turut menjadi bahan cerita malah, ada yang cuba
mempersendakannya di internet dan laman-laman sosial.
Akui Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, gelora, kecamuk, tenang atau gusar, hanya empunya diri yang rasai.
"Saya kecewa
dengan sikap segelintir masyarakat yang sering membuat andaian tanpa
mengetahui kebenarannya. Ianya amat keterlaluan!
"Sejak awal
lagi, saya memang serba salah untuk bercerita. Ramai yang cuba
menghakimi perasaan saya. "Mereka tidak lalui apa yang saya lalui,
jangan mudah untuk menilai pada pandangan kasar. Tiada siapa yang tahu
dalam hati saya," jelasnya.
Bibit cinta
Menyelak
kembali kisah cinta bekas Ratu Cantik ini bersama Engku Emran, mereka
dikatakan mula rapat ketika Erra menyertai rombongan persembahan Suria
FM di Sabah.
Ketika itu,
Engku Emran merupakan Ketua Pegawai Operasi Suria FM dan hubungan itu
terus berputik sehingga mereka sepakat untuk bertunang pada 7 September
2007.
Tidak menunggu lama akhirnya, pasangan ini diijabkabulkan dalam majlis yang gilang gemilang pada 25 Oktober, tahun yang sama.
Perkahwinan itu
sekali gus menamatkan kontroversi, di mana Erra dikatakan pernah
mempunyai hubungan istimewa bersama pengarah dan penerbit, Hans Isaac
sebelum ini.
Walaupun
bintang filem Maria Mariana, ini sering menafikan hubungan yang terjalin
bersama pengarah filem itu, namun mereka dikatakan mula rapat ketika
bekerjasama dalam filem Persona Non Grata pada 2005.
Pernah
berkahwin dengan penerbit terkenal, Yusry Abd Halim, pada 15 Jun 2003
namun, hubungan itu hanya bertahan tiga tahun sahaja setelah mereka sah
bercerai pada 16 Jun 2006.
Pada tahun
1996, Erra juga pernah bertunang dengan penyanyi rock Awie, namun mereka
memutuskan pertunangan itu pada penghujung 1998.
Kontroversi bermadu...
Panas yang
disangka hingga ke petang tidak berlanjutan hingga ke siang hari
apabila, rumah tangga pasangan ini mula menjadi berita sensasi.
Lumrah sebagai
selebriti, walaupun pelakon, penyanyi dan pengacara ini tidak terlalu
terbuka dalam berkongsi hal peribadi, namun desas-desus mengenai
keretakan rumah tangga mereka mula bertebaran sejak 2011.
Malah, tidak kurang juga yang mula menyebarkan berita dan khabar angin bahawa Engku Emran telah berkahwin lain.
Namun, ketika
itu Erra mengakui dia tidak mudah melatah dengan kontroversi yang
mengaitkan rumah tangganya dan memberitahu bahawa ianya adalah sama
sekali tidak benar.
Hampir setahun
menjadi pemerhati, akhirnya Engku Emran tampil memberi penjelasan
mengenai spekulasi berkenaan. Malah, dia mengakui bahawa tidak pernah
terlintas untuk memiliki lebih daripada seorang isteri.
Walaupun ramai
yang masih tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Erra bagaimanapun
enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang dilihat sebagai 'pemuas
nafsu' masyarakat.
Namun, spekulasi itu akhirnya terjawab apabila pasangan ini mengakui tidak lagi tinggal bersama sejak setahun enam bulan.
Hilang hak
Sepanjang tempoh perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.
Dilahirkan pada
Mac 2009, kisah puteri tunggal pasangan ini pernah menjadi bualan
apabila Erra dikatakan 'menyorok' anaknya sepanjang tempoh berpantang.
Pada majlis
cukur jambul Aleesya, Erra mengumumkan bahawa mereka akan muncul dalam
rancangan realiti, Gugu Gaga Erra sekali gus menjadikan Erra sebagai
artis Malaysia pertama yang mempunyai rancangan realiti mengenai anak.
Sebelum ini,
Erra kerap kali memuat naik video dan gambar puterinya itu di laman
sosial miliknya untuk berkongsi perkembangan Aleesya bersama peminat.
Namun, kini
waktu yang ada untuk bersama Aleesya semakin terhad apabila Erra
bersetuju untuk melepaskan hak penjagaan anak tunggalnya Engku Emran.
Malah, akui Erra, dia percaya bahawa itu adalah jalan yang terbaik buat Aleesya.
0 orang berkata:
Post a Comment