Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Umno Kedah Akan Sekat Tazkirah Di Masjid

 

ALOR SETAR - Kemasukan penceramah luar yang menyampaikan tazkirah dan khutbah berunsurkan politik di masjid perlu disekat untuk mengelakkan insiden pemimpin negara dihina berulang lagi.
Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, tindakan penceramah terbabit bukan sahaja boleh memecahbelahkan masyarakat tetapi mempergunakan Islam untuk tujuan tertentu termasuk mengambil kesempatan menghentam parti lawan.
Menurutnya, masyarakat perlu bijak berpolitik termasuk mengambil kira tempat yang sesuai serta tahu membezakan antara politik sihat atau dipenuhi perasaan hasad dengki, dendam serta gila kuasa.
“Namun apa yang kita perhatikan sekarang orang Melayu seolah-olah berpolitik tanpa mengira tempat dan sempadan hingga sanggup menggunakan masjid serta surau sebagai lokasinya.
“Sedangkan rumah ibadat itu tempat kita mengabadikan diri kepada ALLAH, mahu mendapat ketenangan jiwa serta khusyuk dalam beribadat,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan karnival kerjaya anjuran Umno Bahagian Kuala Kedah bersama Jabatan Tenaga Kerja Kedah di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, di sini, semalam.
Beliau berkata, khutbah dan doa yang dimasukkan unsur politik bukan sahaja mengganggu ketenangan jemaah tetapi menimbulkan perasaan kurang senang pelbagai pihak.
Terdahulu, seorang penceramah bebas secara sengaja menghina pemimpin negara dengan menggunakan kata-kata biadap, Ahad lalu di Masjid Tunku Puan Habsah, Padang Temusu, Sungai Petani.
Penceramah itu menyebut Menteri Belia dan ‘Setan’ namun selepas itu, tanpa memohon maaf mengakui tersasul dan menyebut semula Menteri Belia dan Sukan.
Tajul berkata, pembangkang selalunya menggunakan taktik menjemput penceramah luar untuk menyampaikan tazkirah di sesetengah masjid kerana malu menghentam kerajaan dalam masjid ilmu.
“Mereka akan menggunakan sepenuhnya kesempatan dengan membawa masuk penceramah luar. Apabila selesai majlis mereka tidak perlu memikul tanggungjawab jika timbul isu menghina atau mengutuk individu tertentu,” katanya.
Walaupun berbeza fahaman politik, beliau berkata, umat Islam tidak boleh mengecam parti politik lain sebagai kumpulan jahiliah atau firaun kerana orang lain termasuk Umno turut mengucap dua kalimah syahadah.
“Kita patut malu pada bangsa lain kerana kerana tempat ibadat mereka seperti kuil Hindu dan tokong Cina tidak digunakan untuk menghentam sesama mereka.
Tetapi berbeza dalam masjid apabila ada jawatan tinggi sedikit, kadang kala ia boleh menimbulkan perselisihan,” katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri kerap mengingatkan agar khutbah Jumaat yang dibaca perlu menggunakan teks disediakan lengkap dengan pelbagai ilmu namun penceramah luar lebih suka mengguna teks lain.
“Masyarakat perlu bangun menentang jika khutbah yang dibaca salah dari segi tata tertib dan menyentuh politik.
“Sepatutnya ahli kariah membuat laporan polis berhubung kes menghina menteri namun disebabkan tiada tindakan menyebabkan seorang exco turun terpaksa membuat laporan,” katanya. - Sinar Harian


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.