Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Syabas peruntuk 30 liter air sehari
  • Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
1 / 1
KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memperuntukkan 30 liter air sehari untuk setiap keluarga yang terjejas dengan gangguan bekalan air ketika ini.

Jurucakap Syabas berkata pengguna harus memahami bahawa penyaluran bantuan bekalan air itu hanya untuk kegunaan utama sahaja dan perlu berjimat-cermat menggunakannya.

"Kita tidak boleh memenuhi permintaan semua pihak bagaimanapun lori-lori tangki air kami telah diarahkan untuk menghantar bantuan air mengikut waktu bersesuaian iaitu pada jam 6 pagi dan 8 malam.

"Kadang-kala jika terdapat banyak permintaan, kami akan menghantar juga air pada waktu lewat malam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, orang ramai mendakwa pihak Syabas lewat menghantar bekalan air dan pada waktu yang tidak sesuai sehingga lewat malam, malahan bantuan air yang diberikan tidak mencukupi.

Masalah kekurangan bekalan air di beberapa kawasan di Selangor adalah akibat penutupan dua Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA  Bukit Tampoi yang ditutup sejak 28 Januari lepas berikutan pencemaran ammonia di Sungai Langat. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.