Saman Hadi : Ada petunjuk positif batal saman
PETALING JAYA - PKR hari ini menyatakan isu saman RM2 juta yang
melibatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas calon PKR
Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin mempunyai petunjuk positif untuk
membatalkan keputusan tersebut.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pemimpin parti
telah mengadakan rundingan dengan plaintif untuk menyelesaikan isu
tersebut.
"Kita telah hubungi Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail untuk
menyelesaikan isu tersebut dengan pelbagai cara. Kita juga minta untuk
tidak teruskan saman terhadap Abdul Hadi.
"Kita ada petunjuk positif untuk selesaikan perkara itu dengan baik daripada Mohd Shamsul," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Mohd Shamsul yang juga bekas calon PKR Dun Bukit Besi.
[Artikel berkaitan: Hadi fail permohonan ketepikan perintah ingkar]
Dalam pada itu, Saifuddin juga berkata PKR juga tidak mempunyai cadangan untuk memecat Mohd Shamsul.
"Kita sekarang, tidak sampai tahap itu lagi (untuk pecat)," katanya.
Selain itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua turut menambah, PKR tidak bersetuju dengan perkara tersebut.
"Kita tak setuju dengan tuntutan ini, ia tak perlu dilanjutkan," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment