Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, 27 February 2014

Gempar!! Mahathir Hentam Lagi Golongan Ulama Dalam Tulisannya..

Tun Dr Mahathir Mohamad yang diserang dengan tuduhan anti hadis kerana dikatakan menyokong intelektual Melayu, Dr Kassim Ahmad mempertahankan dirinya dengan mempersoalkan apakah umat Islam wajib menerima apa sahaja disampaikan golongan fasih berbahasa Arab walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut mempersoalkan apakah umat Islam perlu mengiktiraf sesiapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama

"Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama," tulis Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.cc.
"Perpecahan umat Islam kepada pelbagai mazhab adalah disebabkan orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan al-Quran tidak menyuruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita."

Menurut Dr Mahathir, umat Islam lemah hari ini kerana ajaran "golongan ulama" ini yang tidak boleh ditegur dan menuntut kesetiaan tidak berbelah-bahagi kepada mereka.

"Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.

"Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang diberi gelaran sama," katanya.

Kassim kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung kenyataan kontroversi yang dikeluarkannya di seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana yang dinaungi Dr Mahathir apabila mendakwa sesetengah ulama di Malaysia meniru sistem "kasta paderi".

"Apa pula dengan orang yang utamakan hadis berbanding firman Allah yang terdapat dalam al-Quran yang kita terima sebagai wahyu daripada Allah. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis.

"Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian? Salahkah jika kita pilih al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan ‘mesingun’ perempuan yang dituduh berzina," tulis Dr Mahathir lagi dalam blognya.

Dalam forum baru-baru ini Kassim berkata, umat Islam terbahagi dua apabila mempersoalkan hadis untuk menginterpretasikan al-Quran dan berkata Nabi "hanyalah sebagai penyampai maklumat Allah."

Dalam ucapannya bertajuk "Ucapan kepada konferensi politik nasional untuk menentukan hala tuju negara Malaya untuk 30 tahun akan datang", Kassim turut mempersoalkan pemakaian tudung oleh wanita Islam dan bekata "rambut bukanlah sebahagian daripada aurat."

Susulan kenyataan kontroversinya itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya akan memanggil Kassim untuk disiasat.

Dr Mahathir tampil mempertahankan Kassim secara terbuka dan mengatakan Kassim dituduh anti hadis kerana golongan yang tidak sukakannya tidak berani berdebat dengan bekas presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) itu.

Sementara itu, dalam khutbah Jumaat minggu lalu, Jakim mengingatkan umat Islam di negara ini untuk terus beriman dengan Allah, menerima dan patuh kepada hadis, dan juga menjelaskan perkataan "Nabi" adalah sedia ada termaktub di dalam undang-undang Islam. ~tmi


Iklan C (ii)


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.