Jentera BN Bengang Muhyiddin Sudah "Iktiraf" Anwar Menang Di Kajang
Jentera BN semakin tidak bersemangat dengan kenyataan Muhyiddin
KAJANG: Nampaknya Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak yakin BN akan menang dalam PRK Kajang pada 23 Mac ini apabila beliau berkata meskipun calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi PRK Kajang, Anwar tidak akan berjaya ke Putrajaya,
Katanya, sekiranya Anwar menang, beliau hanya ADUN di Selangor sedangkan Datuk Seri Najib Tun Razak masih Perdana Menteri.
“Yang menang sekarang BN. Perdana menteri kita Najib. Anwar kalau menang sebagai ADUN. Yang menang di Kajang tidak jadi perdana menteri,” katanya ketika berucap di hadapan penyokong Barisan Nasional (BN) dan penduduk setempat di Kajang, Selangor hari ini.
Pemerhati politik menyifatkan kenyataan Muhyiddin ini seolah-olah sudah mengiktiraf kemenangan Anwar walaupun hari pembuangan undi pada 23 Mac masih jauh lagi.
Menurut seorang pemerhati politik yang enggan namanya disebut, kenyataan Muhyiddin itu mengecewakan jentera BN kerana sebagai orang nombor dua dalam BN, beliau sepatutnya memberi kata semangat kepada jentera dan bukannya “negative thinking” dengan mengandaikan Anwar akan menang.
Katanya, Muhyiddin tidak sepatutnya berkata meskipun Anwar Ibrahim menang, seolah-olah beliau mendoakan kemenangan Anwar.
Katanya lagi, Timbalan Perdana Menteri dia hari lepas ditegur kerana mengatakan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun boleh tahan cantik. Ia dianggap sebagai kenyataan sexist.
Pemerhati politik itu mempertikai kenyataan Muhyiddin seolah-olah bercakap seperti bekas Timbalan Perdana Menteri (1986-1993), Tun Ghafar Baba yang suka bercakap merapu.
Katanya, memanglah bila Anwar menang, bukan Anwar jadi Perdana Menteri kerana untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, seseorang itu mestilah ahli parlimen dan bukannya ADUN.
“Apa kena mengena jawatan ADUN Kajang dengan jawatan Perdana Menteri? Ini menunjukkan kebodohan Muhyiddin mengeluarkan kenyataan seperti itu,” tambahnya.
Beliau mendakwa di Sungai Limau, Muhyiddin dikritik kerana mengeluarkan kenyataan menghina bekas ADUN Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dipotong kaki kerana kencing manis.
Katanya, Kesilapan Muhiddin membuat andaian Anwar akan menang menunjukkan beliau tidak yakin dengan jentera MCA.
Sehubungan dengan itu, beliau menempelak BN yang bertanding dalam suasana BN tidak yakin menang.
“Sudah tentu BN menghabiskan masa dan wang dalam PRK Kajang kalau dah tahun BN sukar untuk menang. Lebih baik BN beri laluan kepada calon Bebas, Datuk Zaid Ibrahim menentang Anwar Ibrahim,” katanya lagi. -FMT
Anwar menang di Kajang tapi tidak sampai ke Putrajaya, kata Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata meskipun Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, calon Pakatan Rakyat (PR) itu tidak akan berjaya menerajui Putrajaya.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sekiranya Anwar menang di Kajang hanyalah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dan Datuk Seri Najib Razak masih perdana menteri.
"Mungkin Selangor sebuah negeri besar dan kaya raya, dia kata kalau dia menang di PRK Kajang ini adalah satu langkah paling dekat untuk sampai Putrajaya. Menang PRK sini tidak sampai ke Putrajaya.
"Yang menang sekarang BN. Perdana menteri kita Najib. Anwar kalau menang sebagai Adun. Yang menang di Kajang tidak jadi perdana menteri," katanya ketika berucap di hadapan penyokong Barisan Nasional (BN) dan penduduk setempat di Kajang, Selangor hari ini.
Dalam majlis yang turut dihadiri calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun itu, Muhyiddin mengumumkan Datuk Seri Noh Omar sebagai pengarah PRK Kajang BN.
Muhyiddin berkata, hasrat BN untuk bertanding PRK Kajang adalah bagi menyuburkan semangat demokrasi dan menunjukkan parti itu prihatin kepada kehendak rakyat.
Katanya, biar 10 kali calon seumpama Anwar datang sekalipun, BN tetap akan bertanding sebagai alternatif kepada pengundi Kajang untuk tidak terjerat dalam permainan politik PR.
“Maklum balas daripada pelbagai pihak meminta BN menawarkan diri untuk bertanding kerusi DUN Kajang. Kita sebagai sebuah parti yang mendukung semangat demokrasi yang prihatin dengan apa rakyat mahu pastinya akan menawarkan diri.
“Kita bertanding menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya hatta Anwar 10 kali datang pun, BN tetap akan bertanding di Kajang,” katanya.
Muhyiddin pada Jumaat mengumumkan Chew yang juga naib presiden MCA sebagai calon BN menentang Anwar dalam PRK Kajang setelah beberapa siri perbincangan diadakan bersama parti komponen BN.
Chew, 50, adalah bekas ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, ketua wanita MCA, timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta senator.
Selepas tiga tahun mendiamkan diri, Chew membuat kemunculan semula apabila memenangi jawatan naib presiden MCA dalam pemilihan parti Disember tahun lalu.
Muhyiddin berkata, pengundi di Kajang sewajarnya bertanyakan kepada Anwar mengapa PRK di kawasan itu perlu diadakan dan Anwar perlu menjadi calon.
Katanya, Anwar bukanlah anak jati kelahiran Selangor tetapi bercita-cita mahu menjadi menteri besar sebagai mana yang dilaporkan media.
“Sepatutnya mereka yang terpilih menjalankan tanggungjawab dan amanah apabila rakyat mengundi mereka. Agak luar biasa yang menawarkan diri mengisi kekosongan adalah Anwar.
“Kalau Anwar menang, saya andaikan satu krisis akan timbul. Bila krisis (Tan Sri Abdul) Khalid dan (Mohammed) Azmin tidak dapat diselesaikan menunjukkan bahawa kelemahan pimpinan Anwar sendiri. Dia ketua umum dan penasihat kepada kerajaan negeri, tak kan dia tak boleh selesai,” katanya.
Muhyiddin menyifatkan pengundi Kajang yang mengundi BN pada PRK 23 Mac ini sebagai satu jihad mengelakkan kemungkaran dan perselihan yang negatif.
“Bila BN membuat keputusan menawarkan calon, ia bertujuan menyelamatkan keadaan selepas pilihan raya nanti.
“Ini satu tanggungjawab dan dalam Islam disebut jihad untuk mencari kebaikan, mengelak kemungkaran, jauh daripada perselisihan perkara yang tidak baik. Ini satu kewajipan dan tanggungjawab kita,” katanya. -TMI
ULASAN GB
Sekali lagi Muhyiddin paparkan kelembapan dan kesembapannya yang amat ketara.
Beliau berkata: "sekiranya Anwar menang di Kajang hanyalah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dan Datuk Seri Najib Razak masih perdana menteri."
Agaknya Muhyiddin terlupa bahawa Anwar Ibrahim sudah berada di Parlimen sebagai ahli parlimen Permatang Pauh. Mungkin dah ponteng banyak kali sesi parlimen menyebabkan Muhyiddin terlupa fakta itu.
Sangat bagus jika Muhyiddin gantikan tempat Najib sebagai PM dalamasa yang terdekat ini... lagi cepat UMNO BN ditumbangkan.
0 orang berkata:
Post a Comment