PRK Kajang: BN tiada pakatan dengan calon Bebas
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang pakatan
dengan mana-mana calon yang bertanding atas tiket bebas dalam Pilihan
Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini.
Sebaliknya, Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno dan rakan-rakan parti komponen BN akan membantu calon BN iaitu naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun untuk memenangi kerusi tersebut.
BN adalah pembangkang di Selangor dan kempen-kempen yang dijalankan adalah sebagaimana tindakan sebuah parti pembangkang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kenduri 1 Wilayah Persekutuan peringkat Parlimen Lembah Pantai, di sini hari ini.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata walaupun
BN adalah bukan pilihan tetapi akan berusaha untuk merampas kerusi
tersebut daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kerusi Dun Kajang kosong selepas wakil rakyatnya Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Januari lepas untuk memberi laluan kepada Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment