Monday, February 24, 2014
Erra: Bekas Ratu Cantik Yang Perjalanan Hidupnya Tidak Begitu Cantik......
Depan Mata: Mahalnya harga Erra
Pertemuan
secara tidak sengaja dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada akhir
Jun 2012 memberi peluang untuk bertanya mengenai spekulasi rumah
tangganya dengan Erra Fazira.
Walau cuba
mengelak, Emran akhirnya akur dengan syarat ia bukan untuk paparan
masyarakat di akhbar. Bersaksikan beberapa rakan lain, air mata Emran
jatuh petang itu apabila bercerita mengenai kemelut rumah tangga
mereka.
Katanya, dia
masih berharap perkahwinan itu yang dibina pada 25 Oktober 2007 dan
dikurniakan anak perempuan yang comel dan bijak, Engku Aleesya dapat
diselamatkan.
Namun pada 18
Februari lalu, sekali lagi air mata Emran menitis selepas melafazkan
cerai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sekali gus menghancurkan
harapannya selama ini.
DETIK bahagia Erra dan Emran bersama Aleesya.
Hari itu juga
spekulasi mengenai rumah tangga mereka terjawab selepas lebih setahun
jadi tanda tanya. Difahamkan, lebih setahun Erra memfailkan permohonan
cerai dan segala perbincangan mengenai hak penjagaan anak dan nafkah
dibincangkan peguam masing-masing.
Mereka
bersetuju berpisah secara baik dan lafaz cerai dilakukan di mahkamah
pada 18 Februari lalu dan Emran mendapat hak penjagaan anak dan Erra
mendapat hak lawatan bermalam, cuti sekolah dan cuti perayaan secara
bergilir-gilir.
Pastinya
ia bukan penamat cerita kerana selepas ini spekulasi demi spekulasi
akan terus diperkatakan. Apa punca perceraian dan mengapa Erra memberi
hak penjagaan anak kepada Emran sedangkan ibu lebih berhak. Erra juga
tidak menuntut nafkah.
Apakah
ada orang ketiga menyebabkan runtuhnya rumah tangga dibina? Pelbagai
persoalan yang tentunya hanya Erra dan Emran tahu punca sebenar kerana
mereka yang melayari bahtera rumah tangga dan kita orang luar hanya
mampu membuat andaian.
Yang
jelas, begitu mahal harga kebebasan Erra dengan mempertaruhkan Aleesya,
ibarat nyawa bagi Erra. Berat mata memandang, berat lagi bahu Erra
memikul.
Pastinya
keputusan Erra sudah nekad dan melihat itulah jalan terbaik untuk
menyelesaikan segala masalah yang berlaku. Perceraian adalah jalan
terakhir jika mahligai dibina tidak dapat diselamatkan lagi.
Nama
Erra Fazira itu sendiri begitu mahal harganya. Selepas dimahkotakan
Ratu Cantik Malaysia/Universe pada 1992 kemudian membintangi Sembilu
pada 1993, bermulalah perjalanan hidupnya sebagai anak seni.
Setiap
apa dilakukan dan diucapkan akan menjadi perhatian. Harga yang perlu
dibayar Erra sangat tinggi sehebat kegemilangan diterima apabila digelar
primadona filem Melayu alaf baru.
Cinta
sejati yang dicari dan diharapkan masih belum ditemui apabila seorang
demi seorang lelaki yang hadir dalam hidupnya tidak bertahan lama.
Selepas
bercerai dengan Yusry, ramai meramalkan Emran adalah lelaki yang mampu
menjadi pelindungnya dan akan menghabiskan usia tuanya bersama hingga
kekal hujung nyawa. Kebahagiaan mereka tambah lengkah apabila
dikurniakan cahaya mata.
Namun
percaturan Allah tiada siapa mampu menolaknya, tentu ada hikmah atas
semua ini. Semoga Erra tabah menghadapi dugaan ini kerana ada
tanggungjawab besar menantinya untuk menjayakan Teaterikal Suara Kita
bersama Awie dan Ziana Zain di Istana Budaya pada 2 dan 3 Mac ini. - sumber
0 orang berkata:
Post a Comment