Friday, February 28, 2014
Surat Dr Mahathir Semasa Tunku Lemah Menghadapi Kebiadapan Orang-Orang Cina.
MAHATHIR MEMANG RASIS SEJAK LAHIR heheee..MADDEY KUTTEY ADA DUA SUDU KETURUNAN DARAH PAKISTAN.???....CUBA BACA SURAT INI...
Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17 hb. Jun 1969
Y.T.M. Tunku,
Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku.
Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17 hb. Jun 1969
Y.T.M. Tunku,
Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku.
Sa-benar-nya tujuan patek
sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara
ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.
Pendapat-pendapat Tunku
berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh
orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada
Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja.
Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan
pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek
membuat kenyataan yang di-tegor itu.
Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China.
Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China.
Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan
kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.
Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut.
Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut.
Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum
bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2
Melayu.
Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan
sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari.
Sebab
itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu
pula tidak ingin kepada Perikatan.
Sebab itu orang2 China dan India
membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu.
Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.
Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.
Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak
memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan
nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku
terlangsong bagi muka.
Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam
dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.
Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang
Melayu kepada Y.T.M. Tunku.
Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik
PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang
di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga,
anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.
Mereka kata Tunku
chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun
ra’ayat menderita.
Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku
ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku.
Budak2 polis mencherita
yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki
poker.
Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat
kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber.
Ada
lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan.
Kata2 itu datang
dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.
Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku.
Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku.
Patek tahu
kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos.
Pegawai Melayu dari Polis,
tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan
sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri.
Kalau Tunku membuat apa2
yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan
menurut kata Tunku.
Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan
kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan
mula "lose control over the armed forces".
Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera.
Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera.
Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi
orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.
Patek
harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari
mereka akan bershukor dengan perbuatan saya".
Ta’akan yang sa-orang itu
selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada
Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk
Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.
Patek faham
betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak.
Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek
tidak terangkan apa yang patek sebut-kan.
Kalau di-penjara sa-kali-pun
patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.
Patek di-beritahu
ia-itu Tunku berkata patek Pakistani.
Patek tidak perchaya kata2 orang
kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu.
Patek-lah yang
selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak
Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu.
Jadi Tunku juga akan
mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam
tubuh badan patek.
Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan
yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah
perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2
China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu.
Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?
Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?
Patek menulis surat
ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha
surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri.
Patek berdo’a ke-hadhrat Allah
subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang
sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.
Patek Yang Ikhlas,
(Dr. Mahather bin Muhammad)
~AK
Patek Yang Ikhlas,
(Dr. Mahather bin Muhammad)
~AK
0 orang berkata:
Post a Comment