• Taib Mahmud Abdul Taib Mahmud
1 / 1
MUKAH -  Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian pada Jumaat (28 Februari) serentak dengan pelepasan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak.
  
Beliau membuat pengumuman ini di Mukah, Sarawak hari ini.
  
Taib dilaporkan akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang DiPertua Negeri Sarawak Ketujuh pada Sabtu, selepas menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. juga pada Jumaat. - Bernama