PKR dedah punca kalah PRU13
- Tian Chua (tengah) dan Azroul Shahrin (hadapan, empat kanan) melaungkan sorakan reformasi pada sembang santai PKR Cabang Bagan Serai, kelmarin.
BAGAN SERAI - PKR mengakui masalah pertindihan kerusi bagi peletakan
dan calon bidan terjun pada saat akhir merupakan antara kesilapan parti
itu sehingga kehilangan beberapa kerusi penting pada pilihan raya umum
(PRU) lalu.
Naib Presidennya, Tian Chua berkata, kegagalan menyelesaikan rundingan pembahagian kerusi di antara parti-parti dalam PR lebih awal dan kelewatan memperkenalkan calon pilihan raya dikenal pasti antara faktor PKR kehilangan beberapa kerusi yang dianggap mampu menang.
Menurutnya, berikutan gabungan kerjasama di antara PKR, Pas dan DAP membentuk PR hanya benar-benar dibentuk pada tahun 2009, isu pertindihan kerusi di antara parti-parti terlibat mendedahkan pakatan itu masih tidak matang dalam menyelesaikan isu peletakan calon.
“Pada PRU12, isu peletakan calon dalam kalangan PR tidak wujud berikutan kesemua parti dalam pakatan itu langsung tidak menyangka akan berlaku tsunami politik penolakan BN sehinggakan PR berjaya memenangi lima kerusi.
“Kali ini, senario mula berbeza pada PRU13 apabila kesemua parti mula memasang hasrat untuk bertanding lebih kerusi kerana melihat peluang untuk merampas Putrajaya daripada BN agak cerah,” katanyaketika ditemui pada majlis sembang santai bersama PKR Cabang Bagan Serai, di sini kelmarin.
Turut hadir, Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK) PKR cabang itu, Azroul Shahrin Amir.
Tian Chua berkata, kesemua kelemahan yang dikenal pasti PKR itu bagaimanapun akan diselesaikan lebih awal oleh kepimpinan PKR baharu setelah majlis pemilihan semula pucuk kepimpinan parti dilaksanakan bulan hadapan.
Menurutnya, selain fokus penyelesaian isu rundingan pembahagian kerusi dan peletakan calon, isu keperluan peletakan calon tempatan di mana-mana kawasan yang dikenal pasti akan ditekankan kepimpinan PKR Pusat selepas ini.
“Majlis pemilihan parti yang bakal dijalankan pada bulan hadapan juga dianggap penting untuk membolehkan setiap cabang melantik kepimpinan parti yang benar-benar komited terhadap perjuangan PKR.
“Justeru, proses pemilihan itu juga dijangka menyelesaikan isu dan konflik dalaman melibatkan beberapa cabang bermasalah di negara ini,” katanya.
Sementara itu, Azroul Shahrin ketika ditemui menggesa ahli PKR cabang Bagan Serai kembali bersatu dan membentuk satu pasukan mantap sebagai persediaan awal menghadapi PRU ke-14.
Menurutnya, masalah dalaman dihadapi PKR Cabang Bagan Serai perlu diselesaikan segera bagi kelangsungan perjuangan parti.

0 orang berkata:
Post a Comment