Saturday, February 22, 2014
Pemimpin Kaya Raya: Macam Ni Sekolah Di Tahun 2014 Di Negeri Kaya Dengan Hasil?
KUCHING:
Pengumuman baru-baru ini bahawa kerajaan persekutuan sedang menyediakan
peruntukan tambahan berjumlah RM1 bilion, bagi membaiki sekolah di
Sabah dan Sarawak adalah dialu-alukan kerana sekolah di kedua-dua negeri
ini berada dalam keadaan usang.
Menteri
Pembangunan Kebajikan, Wanita dan Keluarga Negeri; Datuk Fatimah
Abdullah dan Jabatan Pendidikan Sarawak mengakui bahawa ada sekolah di
negeri itu sudah tidak sesuai beroperasi, tetapi masih diguna pakai.
Masa
pengumuman ini dipersoalkan, dan pembangkang menyifatkannya sebagai
‘gula-gula’ bagi memancing undi rakyat menjelang pilihanraya negeri,
yang dikatakan bakal dijalankan.
Mereka
juga menyatakan bahawa jumlah ini tidak mencukupi, kerana dari RM15
sehingga RM20 juta diperlukan bagi setiap sekolah, disebabkan tahap
kerosakan yang dialami.
Ketua
PKR Sarawak dan juga ADUN Ba’kelalan; Baru Bian berkata: “Masa
pengumuman peruntukan ini dipersoalkan kerana ia telah banyak kali
dibangkitkan, tetapi tidak disertakan dalam belanjawan sebelum ini. Jadi
saya meneka bahawa ia diumumkan kerana pilihanraya bakal
dilangsungkan.”
Ramai
yang membuat spekulasi bahawa pilihanraya negeri bakal berlangsung di
antara September tahun ini dan September 2015. Ini disebabkan Ketua
Menteri; Tan Sri Adenan Satem mahukan mandat baru dari rakyat.
Ia kali terakhir dijalankan pada 2011, dan pilihanraya negeri seterusnya perlu dijalankan selewat-lewatnya 2016.
Pemerhati
politik yakin bahawa lebih banyak pengumuman peruntukan akan dilakukan
pada bulan-bulan berikutnya, kerana Sabah dan Sarawak adalah negeri
penting dalam agenda kerajaan persekutuan, dan Sarawak telah mendapat
perhatian banyak pihak baru-baru ini.
Sabah
dan Sarawak telah lama terpinggir dari segi pemberian sumber dan
pembangunan, dan sekarang adalah masa yang sesuai bagi mendapat
peruntukan yang lebih besar supaya pembangunan dapat dijalankan, kata
mereka.
Sewaktu
melakukan pengumuman ini di Lundu baru-baru ini; TPM Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata bahawa terdapat lebih kurang 600 sekolah yang uzur di
negara ini, kebanyakannya di Sabah dan Sarawak.
Muhyiddin,
yang juga menteri pendidikan, berkata yang ada di antaranya hamipr
roboh kerana dibina terlalu dekat dengan tebing sungai, sementara yang
selebihnya perlu dibaikpulih. Ini perlu dilakukan segera demi
keselamatan nyawa para pelajar dan guru-guru.
Walaupun
pengumuman ini merupakan sesuatu yang positif, Baru mendakwa bahawa
jumlah yang diberikan kerajaan persekutuan dan Jabatan Pendidikan negeri
bercanggah. Biar pun jumlah RM1 bilion ini adalah untuk 600 buah
sekolah di Sabah dan Sarawak, terdapatnya 800 sekolah, hanya di Sarawak
sahaja.
“Pelan
Biru Pendidikan menyatakan yang selewat-lewatnya Disember 2013, 1,608
sekolah yang uzur akan dibaikpulih bermula dari Sabah dan Sarawak. Namun
tidak dipastikan sama ada 600 sekolah di kedua-dua negeri ini adalah
sebahagian dari jumlah keseluruhan ini. Jika ini keadaannya, Kementerian
Pendidikan telah gagal mencapai sasaran menamatkan pembaikpulihan
selewat-lewatnya pada Disember 2013, tambahnya.
Pakar
pendidikan berkata yang sekolah pedalaman di kedua negeri ini harus
diutamakan, kerana pelajar sekolah ini ketinggalan di belakang pelajar
sekolah bandar, dan memerlukan peluang belajar dan usaha menaikkan taraf
kehidupan.
“Sekolah
bandar memiliki kelebihan penyumbang swasta dan dapat mengumpul dana
membeli kelengkapan, komputer dan alat bantu mengajar, yang tidak dapat
dilakukan sekolah di kawasan pedalaman,” jelas seorang pakar pendidikan
0 orang berkata:
Post a Comment