• Empat maut terperosok bawah lori Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalanraya di KM25.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, berhampiran persimpangan Gua Tempurung awal pagi tadi. - Foto Bernama
1 / 1
KAMPAR - Empat pelajar maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki bertembung dengan lori membawa muatan tar di jalan Ipoh - Kuala Lumpur berhampiran Gua Tempurung di sini, pagi ini.

Dalam kejadian 5 pagi itu, seorang lelaki dan tiga wanita maut di tempat kejadian selepas keempat-empat terperosok di bawah lori dan ditimbus tar yang dibawa lori berkenaan.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.