Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, February 28, 2014

Mukhriz Mahathir Sudah Pening...




Baru-baru ini, sewaktu Perhubungan PAS Kedah mengadakan program untuk memantapkan organisasi di SP Inn Sungai Petani; Umno Bahagian Merbok pula mengadakan pertemuan khas dengan Pengerusi Perhubungannya Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir. 
 
Meriah hotel milik anak syarikat kerajaan negeri itu apabila dua buah parti utama yang bersaing mengadakan program sebelah menyebelah.

Jika PAS sebagai pembangkang sedang bangkit semula membina kekuatan, Umno pula sedang berhempas pulas untuk memulihkan masalah dalaman parti pemerintah itu satu demi satu bahagian. 
 
Baru minggu lalu Mukhriz terpaksa campurtangan menasihati seorang ADUN BN supaya tidak meneruskan hasrat untuk menyaman pemimpin Umno bahagian berhubung pertikaian politik dalaman mereka. 
 
Setiap bahagian Umno ada masalahnya masih-masing yang lebih merumitkan berbanding sewaktu jadi pembangkang dahulu.

Selepas sembilan bulan berlalu, tempoh berbulan madu Menteri Besar Kedah itu sudah berakhir. Apa yang terpaksa dilaluinya kini ialah masalah demi masalah yang melanda sebuah parti tua lagi nazak yang talian hayatnya cuma kuasa dan wang dari kerajaan Pusat dan bukan jatidiri perjuangan.

Semua orang tahu Mukhriz diangkat menjadi Menteri Besar bukan kerana keikhlasan Najib. Ia adalah kerana Tun Mahathir dan atas desakan konco-konconya.

Tun Daim Zainuddin mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Cina Kedah dan meminta Najib mengumumkan Mukhriz sebagai bakal menteri besar. Ia dibantu dengan penolakan sebahagian besar ahli Umno Kedah, khususnya generasi muda, terhadap Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah – pengerusi Perhubungan Umno ketika itu.

Sebaik terlantik, Mukhriz cuba membawa imej baik di hadapan para pemimpin Umno Kedah. Dalam mesyuarat perhubungan yang pertama, beliau dilaporkan berjanji akan memberikan mereka tempat dalam GLC. Tapi biasalah, masakan semuanya dapat ditunaikan.

Mukhriz membawa balik beberapa bekas pegawainya sewaktu bertugas di kementerian dahulu. Terlepas lagi pejuang Umno dari Kedah. 
 
Bahkan beliau telah meletakkan orangnya dalam post yang sepatutnya milik pegawai kerajaan negeri (KCS). Ini menimbulkan kemarahan sebahagian KCS.

Dalam pengisian jawatan GLC tentulah kroni yang jadi keutamaan. Mukhriz melantik Dato’ Abu Hasan Sarif yang memberi laluan kepadanya menjadi Ketua Bahagian Jerlun sebagai Pengerusi Kumpulan Ladang PKNK dan Ali Lembaga Pengarah Kedah Medical Center walhal beliau dianggap tidak layak untuk berada di tempat tersebut berdasarkan latarbelakangnya.

Bekas Naib Ketua Bahagian Jerlun (sepenggal) Abd Aziz Mahamud dilantik sebagai pegawai khas bergred tinggi, pengarah GLC dan mendapat anugerah DSDK (Dato’).

Pemimpin yang tidak menjadi kroni, apatah lagi kalah dalam pemilihan bahagian tidak mendapat tempat yang baik. Dato’ Zaini Jakpar (Bukit Kayu Hitam), Dato’ Ahmad Lebai Sudin (Bukit Lada) dan Dato’ Ali Yahya (Pantai Merdeka) tidak mendapat tempat yang baik sekalipun mereka adalah ADUN. Jawatan ADUN angkat terhadap kawasan yang BM kalah juga ditarik balik.

Sewaktu Kedah ditadbir Pakatan Rakyat, urusan pelantikan majlis Ketua Kampung (MKK) diserahkan kepada ADUN atau ADUN angkat. Pakatan ‘mengajar’ pejabat daerah supaya lantikan kakitangan khas kerajaan negeri itu (MKK) biar ditentukan oleh ADUN yang menjadi sebahagian entiti kerajaan bukannya parti politik.

Kini pejabat daerah menjadi ‘pening’ dengan Umno bahagian kerana mereka juga ingin mengatur kedudukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP). 
 
Ertinya satu senarai calon JKKKP oleh ADUN dan satu lagi senarai JKKKP oleh Umno bahagian. Akibatnya selepas sembilan mentadbir terdapat beberapa daerah yang belum dapat memuktamadkan kedudukan JKKKP. 
 
Semuanya gara-gara perebutan kuasa dalam parti tua itu. Rakyat pula yang terpaksa tanggung padah.

Bukan rahsia lagi bahawa KCS yang sudah sepenggal terbiasa dengan corak pentadbiran Pakatan, rasa tidak selesa dengan pendekatan BN yang mahu campurtangan dalam urusan pentadbiran. 
 
Saya masih menyiasat benar atau tidak cerita yang tersebar kononnya seorang pegawai hilang sabar apabila didesak oleh Exco membayar RM1.2 juta untuk program Rajalawak lalu bersuara, “Ingat duit bapak hangpa ka?” Hanya RM200 ribu yang dikeluarkan kemudiannya.

Kedudukan Mukhriz di peringkat pusat juga semakin terancam dan kelihatan tiada masa depan, sama seperti gelapnya masa depan Umno itu sendiri. 
 
Lebih-lebih lagi apabila beliau dikaitkan dengan cubaan untuk menjatuhkan Najib dengan bantuan Tun Daim, Dato’ Zainuddin Maidin, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Sabarudin Chik dan beberapa orang lagi. Sumber mengatakan ‘mujur’ Tan Sri Muhyiddin sendiri tidak merestui cubaan tersebut.

Mukhriz kalah pertandingan Naib Presiden Umno, antaranya, adalah kerana Najib selaku presiden tidak merestuinya. Mukhriz tidak mendapat undi dari Pahang. 
 
Kedah dianggap kubu sokongan terhadap beliau; namun kalah di Alor Setar, Sungai Petani, Baling dan lebih mengejutkan lagi tewas di bahagiannya sendiri iaitu Jerlun.

Cakap Mukhriz tidak lagi berwibawa di peringkat Pusat. Contohnya, dia mahukan Ketua Pemuda Sik Mahadhir Abdul Hamid jadi Ketua Pemuda Negeri tetapi Khairy Jamaludin tidak pedulikan kehendak Mukhriz, sebaliknya melantik Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok.

Nampaknya laluan Mukhriz tidak sangat cerah, mentadbir negeri tanpa majority dua pertiga. Mukhriz naik kerana Tun. Wibawa Tun semakin luntur seiiring usia. Sampai waktunya Tun kena ‘pergi’ juga. Masa itu, jalan Mukhriz akan lebih sukar.

http://notautara.blogspot.com/2014/02/umno-kedah-kembali-bergolak.html

 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.