SPRM perlu buka semula kes RM40j Musa Aman
SHAH ALAM - Susulan ahli perniagaan Michael Chia yang terbabit dalam
kes cubaan menipu wang RM2.5 juta 10 tahun lalu telah dijatuhi hukuman,
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menggesa Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan
terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Menurutnya, keputusan bersalah yang dijatuhkan terhadap Michael menguatkan lagi spekulasi mengenai isu wang kontroversi RM40 juta yang melibatkan Umno Sabah.
"Fakta kes sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) menunjukkan bahawa memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah kerana wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah.
"Dengan keputusan bersalah ini, saya menyeru supaya SPRM membuka kembali siasatan terhadap Musa Aman dalam kes wang RM40 juta yang dikaitkan dengan kutipan dari syarikat-syarikat balak kerana bukti-bukti pemindahan wang melibatkan Michael Chia sendiri," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Terbaru, media melaporkan Michael yang terbabit dalam kes cubaan menipu wang RM2.5 juta 10 tahun lalu telah dijatuhi hukuman penjara setahun dan satu sebatan.
Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan Elsie Primus ketika menyampaikan hukuman itu semalam, berkata, Michael telah didapati bersalah atas cubaan menipu dan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kesnya.
Dalam pada itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, tindakan SPRM yang berjaya mendakwa ahli perniagaan itu adalah perkembangan yang baik daripada suruhanjaya itu namun perlu dipertingkatkan.
"Walaupun keputusan terhadap Michael Chia ini adalah satu peningkatan baik yang ditunjukkan SPRM, rakyat memerhati sama ada SPRM bakal mendakwa penjawat-penjawat awam berpangkat tinggi yang terlibat sama.
"Jika tidak, selama-lamanya SPRM dilihat hanya mendakwa bilis sedangkan jerung terus terlepas," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment