'Tiada arahan boikot PRK Kajang'
KOTA SARANG SEMUT - Kemelut membabitkan kes saman antara Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan PKR, diyakini tidak akan menjejaskan
persiapan jentera PRK Dun Kajang.
Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat berkata, walaupun insiden itu tercetus menjelang pilihan raya kecil, semua jentera parti dari setiap kawasan bersiap siaga untuk membantu PRK Kajang, dan menunggu arahan lanjut daripada ibu pejabat.
“Tidak ada arahan daripada mana-mana pihak yang mengeluarkan arahan agar memboikot kempen PRK Kajang, sebagai usaha mensabotaj calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tiada arahan (seperti itu) berikutan kes mahkamah itu,” katanya.
Menurutnya, sebagai rakan, Pas tetap akan membantu calon daripada rakan yang bertanding dalam pilihan raya.
Sebelum ini, Abdul Hadi diperintahkan oleh mahkamah tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul Mat Amin berhubung kes saman fitnahnya terhadap bekas calon PKR Dun Bukit Besi itu.
Mohd Azam turut kesal kerana kes terbabit muncul menjelang PRK Kajang, seolah dirancang,, namun menyerahkan kepada kebijaksanaan mahkamah untuk menyelesaikannya.
Terdahulu, Mohd Azam mengetuai lebih 150 umat Islam menunaikan solat mohon hujan dan dijauhi bala berikutan negara kini berdepan dengan cuaca panas dan kering melampau, sehingga beberapa negeri berdepan krisis air meruncing.
Solat hajat diadakan sejurus selesai kuliah dhuha yang diadakan setiap Jumaat di Masjid Tuan Guru Hj Othman al-Yunusi, Kompleks Pas Kedah.
“Kuliah mingguan kali ini lebih istimewa kerana kita adakan solat hajat umum, termasuk mohon diturunkan hujan agar tanah kembali subur dan tak lagi kering kontang. Kita juga mohon mensejahterakan rakyat dengan dijauhi bala dan malapetaka,” katanya.
Menurutnya, pihaknya tidak mengadakan solat hajat khusus mohon hujan, iaitu solat hajat istisqa kerana solat hajat itu meliputi beberapa perkara.
“Jika hanya khusus mohon hujan, kaedah pelaksanaannya berbeza, antaranya berpuasa tiga hari sebelum solat dan banyak istighfar. Selain mohon hujan, kita juga mohon agar kesihatan para pemimpin dipelihara dan berdoa agar umat Islam dijauhi pemikiran yang tidak selari dengan ajaran,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment