Isnin, 24 Februari 2014
PRK Kajang : Anwar Bakal Disabotaj ???
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
menjangkakan beliau akan berhadapan sabotaj dari pihak luar dengan kuat
bagi menghalang kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang kali
ini.
Malah
kata beliau, tindakan sabotaj itu sudah boleh dilihat apabila
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac bagi hari penamaan
calon iaitu sama dengan hari giliran beliau membahaskan titah ucapan
DYMM di Pertuan Agong di Parlimen.
Bagaimanapun kata Anwar, beliau bersedia menghadapi sebarang tindakan sabotaj pihak lawan yang memang sudah dijangka awal.
“Sebaik selesai penamaan calon saya akan bergegas ke Parlimen untuk serang dasar-dasar kerajaan yang menekan rakyat.
“Walaupun pada masa itu saya baru jadi calon, saya akan bawa isu nasional di Kajang ke Parlimen,” ujar Anwar ketika berceramah di Taman Impian Murni di kajang malam tadi.
Beliau turut mempersoal penetapan tarikh mengundi yang terlalu jauh sehingga penghujung tempoh 60 hari yang ditetapkan.
“Kita jangkakan sabotaj dari luar itu nanti sangat kuat. Sekarang pun, kita tengok tarikh, mana ada tarikh pilihan raya begitu lama di mana hari pengundian begitu jauh sekali yang tidak pernah berlaku pun sebelum ini.
“Tindakan melewatkan PRK Kajang ini dan juga menetapkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac ini semuanya disebabkan mereka tahu Anwar Ibrahim yang akan bertanding di sini,” kata Anwar.Hrkh

0 orang berkata:
Post a Comment