Masuk campur kes saman, cubaan nakal Zaid
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menyifatkan
tindakan calon bebas PRK Dun Kajang, Datuk Zaid Ibrahim yang menyarankan
ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menasihat ahli PKR yang
menang kes saman RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang supaya menarik balik saman itu sebagai cubaan menangguk di air
yang keruh.
Menurutnya, Zaid tidak perlu masuk campur dalam urusan PKR, dan saranan
tersebut merupakan tindakan nakal Zaid dalam mencetuskan polemik baru
menjelang PRK Dun Kajang.
"...bagi saya ini merupakan satu tindakan nakal Zaid.
"...kalau dia (Zaid) benar-benar ikhlas kenapa beliau tidak masuk
campur tangan dalam urusan kes petisyen pilihan raya yang hangat
diperkatakan baru-baru ini.
"...kenapa bila melibatkan PKR, dia hendak masuk campur," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Sementara menyentuh mengenai kes saman tersebut, Rafizi menjelaskan
biarlah perkara itu diselesaikan di mahkamah secara indivindu tanpa
melibatkan parti.
"...bagi saya kes saman ini tidak perlu melibatkan parti, kerana ianya
soal peribadi iaitu yang melibatkan di antara orang yang disaman dan
orang yang menyaman," katanya.
Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Abdul
Hadi membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang
diperolehi calon PKR kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ
difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan RM1,500 setelah
kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman dikemukakan Mohd Shamsul.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi
dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang, pada 22
April lalu menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan
reputasinya sebagai calon dan pemaju perumahan.
0 orang berkata:
Post a Comment