Selasa, 4 Februari 2014
PKR desak kuasa pertuduhan diberikan kepada SPRM
PKR hari ini mendesak kuasa pertuduhan dalam kes rasuah diberikan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan pendakwaan terpilih tidak berlaku sekaligus mampu mengheret pihak yang didapati bersalah ke muka pengadilan, kata Rafizi Ramli.
Pengarah strategi PKR itu merujuk kepada pegawai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang masih gagal dibawa ke mahkamah meskipun SPRM mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa pihak berkenaan.
“Dengan kuasa pendakwaan berasingan, perkara asas dapat dikembalikan. Selain memperkukuh undang-undang anti rasuah sedia ada, kita perlu meminda Perlembagaan agar kuasa pendakwaan diberikan kepada SPRM.
“Ini satu kes yang cukup jelas walaupun SPRM yakin dengan kes siasatannya sehingga mereka membuat pengumuman terus dua suspek ini akan didakwa di mahkamah pada keesokan harinya tetapi apabila kuasa mendakwa berada di tangan peguam negara, perkara sama berulang,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan spekulasi semakin memuncak menyatakan wujud campur tangan politik atau pendakwaan terpilih yang menyebabkan tuduhan terhadap bekas setiausaha politik Umno lewat dijalankan selepas ditangkap Isnin lalu berikutan penyalahgunaan RM1.1 juta daripada tiga yayasan.
Sumber berkata, bekas setiausaha politik dan pengarah salah satu yayasan itu dikaitkan dengan siasatan kerana dikatakan menggunakan wang yayasan yang sepatutnya digunakan untuk membantu golongan miskin itu bagi kegunaan politik. -
0 orang berkata:
Post a Comment