Tangguh kes rasuah: Pas, PKR desak penjelasan AG
KUALA LUMPUR - Pas dan PKR hari ini menuntut penjelasan Peguam Negara,
Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung penangguhan dakwaan rasuah bekas
setiausaha politik kepada bekas menteri Kabinet dan pengarah sebuah
syarikat.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kes itu pelik kerana Peguam Negara masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga kini.
"Pada saya kes ini agak pelik apabila Peguam Negara tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selepas daripada kedua-duanya ini diikat jamin.
"Ini bermakna, apabila mereka diikat jamin, ada kes yang bakal dibawa dan diakui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas daripada siasatan rapi dibuat atas kedua-duanya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas Pusat di sini, hari ini.
Kedua-dua mereka ditangkap oleh SPRM dan dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 selepas ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan, September lalu.
Menurut Mahfuz, SPRM menyebut kedua-duanya akan didakwa pada 29 Januari lalu namun tiada dakwaan dibuat sehingga ke hari ini.
"Saya minta supaya AG mesti beri penjelasan berhubung perkara ini. Adakah kes ini dilewat-lewatkan kerana siasatan itu mendapati bahawa kes ini akan menyeret bekas menteri itu sekali atau mana-mana pemimpin politik lain yang turut terlibat dalam kes ini?," katanya.
SPRM, dalam kenyataan sebelum ini berkata seorang bekas setiausaha politik bergelar Datuk, dan pengarah sebuah daripada yayasan yang diketuai oleh Datuk berkenaan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Kanun Keseksaan atas tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta dan satu lagi tuduhan menipu membabitkan RM1 juta.
Panel itu berkata ia akan meminta penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara tentang mengapa masih tiada dakwaan dibuat.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli turut menggesa Abdul Gani tidak membuat pendakwaan terpilih khususnya yang melibatkan orang kenamaan dan pemimpin kerajaan.
"Berita kelewatan pendakwaan walaupun SPRM telah menyiapkan kertas siasatan membayangkan ada campur tangan untuk menutup perkara ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kebimbangan yang disuarakan oleh Pengerusi Panel Penasihat Perundingan SPRM, Datuk Johan Jaafar semalam mengenai spekulasi dalam media berhubung dua bekas pegawai seorang menteri Kabinet yang belum didakwa di mahkamah.
Menurut Johan, perkembangan isu tersebut menimbulkan kebimbangan panel bebas tersebut kerana ia boleh menimbulkan spekulasi atau tanggapan mengenai campur tangan luar.
Dalam pada itu, Rafizi mengulangi pendirian PR agar kuasa pendakwaan diserahkan kepada SPRM agar kes-kes salah laku rasuah yang melibatkan individu berpengaruh dapat didakwa segera di mahkamah.
"Jika kuasa mendakwa itu hanya di tangan peguam negara, perkara sama akan berulang dan akan banyak kes berprofil tinggi akan tergantung dan ini pendakwaan terpilih," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment