Gelombang Epal Hijau dekati orang ramai
KUALA LUMPUR – Ameerah Wilayah Persekutuan mendekati orang ramai
melalui satu program hari ini di hadapan kompleks membeli-belah Sogo,
Kuala Lumpur berkenaan beberapa isu termasuk bantahan terhadap
pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Menafikan program itu rentetan daripada himpunan bantahan GST pada 1 Mei lalu, Pengarah programnya, Mahirah Abd Rashid menyifatkan kebetulan itu suatu kelebihan buat Ameerah.
Menurutnya, program hari ini sudah dirancang sejak dulu dengan objektif utama adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai isu-isu semasa.
“Program hari ini dianjurkan Ameerah Wilayah Persekutuan yang di bawah Muslimat Pas Wilayah Persekutuan. Ini merupakan program sulung bagi Ameerah.
“Sebenarnya kita memang merancang awal yang kita nak mewujudkan Gelombang Epal Hijau ini untuk menunjukkan wanita muda cakna isu semasa, cuma, Alhamdulillah ia kelebihan (kepada Ameerah) apabila ada himpunan pada 1 Mei itu untuk membantah GST,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Menyentuh beberapa isu kritikal, Ameerah mahu membantu menyedarkan rakyat mengenai kepincangan isu tersebut dalam negara ini dan bukan hanya tertumpu pada GST semata-mata.
“Pertama kena maklum adalah objektif kami pada hari ini ialah bukan untuk fokus kepada satu-satu isu semasa sahaja tapi secara menyeluruh. Antara isunya ialah GST yang kita kata membebankan rakyat, kemudian isu hudud yang kita memang nak perjuangkan dan isu lain seperti MH370 di mana kita sangat berharap ada ruang dan peluang untuk MH370 ini.
“Juga isu perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di mana rakyat sedar, kita sedar dan wanita muda sedar... kandungan perjanjian TPP itu masih dirahsiakan.
"Kami juga membawa isu konsert liar untuk menunjukkan bahawa kita wanita muda walaupun pada usia remaja... konsert liar mungkin menjadi makanan untuk orang muda tapi bagi kami, memang kami bantah kerana ia merosakkan generasi akan datang dan mungkin anak-anak yang akan datang,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment