Mengapa timbul persoalan perlukah PAS bersatu dengan UMNO ? Soalnya bukan sebab bersatu atau tidak, soalnya PAS perlukan sokongan siapa yang dapat menyokong hasrat parti itu untuk melaksanakan hukum Tuhan (Hudud)
Siapa yang menyokongnya sehingga berjaya maka merekalah kawan, siapa yang menentang maka merekalah lawan. Perkara ini hanyalah jika kita lihat hasrat PAS mereka hanya mahu kawan membantunya, namun kawannya dari DAP dan PKR telah membuat keyataan menolak sebelum berunding, Apakah ertinya ini ?
Tahukah kalian, apabila kalian menolak hukum Hudud seolah-olah kalian menolak hukum Allah, bukan hukum yang dicipta oleh PAS, bererti apabila kalian menolak hukum HUDUD bererti juga kalian menolak PERLEMBAGAAN PAS dan dasar Perjuangannya, Masih mahu berkawan dengan PAS ?
HUDUD memang BAHAYA ! Mengapa ? Sebab kawan boleh menjadi lawan, dan lawan boleh menjadi kawan ! TAHUKAH Kalian, Sekarang baru kalian sadar bahawa didalam PR hanya PAS memburu HUDUD sementara DAP dan PKR Memburu Putra Jaya, NAMUN PAS tidak menafikan bahawa KUASA itu penting untuk mengejar CITA-CITA
Persoalannya mana lebih penting Hukum Tuhan didahulukan atau Putra Jaya didahulukan ? Jawapan kalian tentu PUTRA JAYA bukan ? Jawapan TUHAN didalan Al Quran ialah HUKUMNYA dan dasar Tuhan mengatasi segala yang ada. maka itulah DASAR yang didahulukan oleh dasar Perlembagaan PAS, SALAHKAH PAS berpendirian demikian ? SELEPAS ITU BERLAKU PULA BURUK SANGKA, - Pak Karamu
Sunday, May 4, 2014
Perlukah Pas bersatu dengan Umno
Seronok juga cuba menjawab soalan perlukah Pas bersatu dengan Umno dari
kaca mata seorang warganegara biasa macam penulis ini.
Agak lama dah tak menulis apa-apa artikel berkenaan isu politik dalam negara sejak berakhirnya PRU-13 yang lalu.
Hasrat hati nak mendiamkan diri dari menulis isu politik dan hanya mahu fokuskan pada isu masyarakat dan kehidupan seharian saja.
Sebenarnya ada banyak lagi isu yang boleh diketengahkan selain daripada isu politik.
Orang biasa macam saya lebih elok berikan tumpuan pada isu kehidupan dan biarlah mereka yang ada jawatan dalam parti politik atau setidaknya ahi sesebuah parti politik saja yang mengulas semua hal ehwal politik.
Mereka yang terlibat secara aktif dengan politik kepartian lebih banyak maklumat dalaman berbanding orang luar yang hanya menulis berdasarkan persepsi hasil daripada mengutip semua berita sekerat-sekarat yang terpapar di media utama dan juga media alternatif.
Tapi bila dilihat secara mendalam, masalah masyarakat tak akan dapat melepaskan diri daripada pengaruh kepimpinan dan hala tuju perngurusan negara.
Bila masuk bab kepimpinan dan pengurusan pemerintahan negara, maka akan masuk juga isu politik.

Isu Pas bersatu dengan Umno tak pernah padam
Dah lama isu Pas bersatu dengan Umno ini diulang-ulang sejak Umno, Parti
teras Barisan Nasional mula goyang dan makin pudar dari mendapat
sokongan orang Cina terutamanya.
Umno masih mendapat sokongan kuat daripada orang Melayu terutamanya Melayu yang tinggal diluar bandar.
Daripada rekod PRU-13 yang lalu, Pakatan Rakyat sapu habis semua kawasan bandar di Semenanjung.
Ini ada kaitan dengan kedudukan populasi bangsa di kawasan perbandaran yang rata-rata mempunyai jumlah orang Cina yang agak seimbang dengan orang Melayu.
Orang Melayu yang tinggal di bandar pula lebih terdedah dengan maklumat dari media internet yang banyak diguna pakai oleh Pakatan Rakyat.
Jadi Barisan Nasional yang menguasai media utama tak dapat memperkasakan dakyah fahaman politik atau propaganda mereka di kawasan Bandar.
Campur tolak semua faktor komunikasi dan kedudukan populasi bangsa Malaysia, kita boleh rumuskan bahawa Pakatan Rakyat adalah pilihan orang Bandar dan Barisan Nasional adalah Parti pilihan orang Kampung.
Atau lebih tepat lagi Pakatan Rakyat menjadi pilihan Bangsa Malaysia manakala Barisan Nasional menjadi pilihan Bangsa yang selesa dengan konsep berbagai bangsa, hasil daripada perangai penjajah yang mengambil pendekatan pecah dan perintah untuk kekalkan kekuasaan penjajahan mereka.

Pas dan Umno berebut sokongan orang Melayu
Pakatan Rakyat memberikan harapan penuh pada Pas untuk menjadi wira
membolot sokongan orang Melayu terhadap mereka.
Jika Pas berjaya menakluk hati orang Melayu terutamanya di kawasan Kampung atau Luar Bandar, maka peluang untuk Pakatan Rakyat menumbangkan Barisan Nasional amat cerah sekali.
Secara mudah formula untuk menang berkuasa menjadi pemerintah negara di Putrajaya ada di tangan orang Melayu sebenarnya.
Menang sokongan orang Melayu, maka Putrajaya dalam genggaman. Mungkin ramai orang Melayu yang masih tak sedar akan kuasa besar yang ada dalam genggaman mereka.
Apa yang orang Melayu perlu adalah munculnya seorang Pemimpin yang mendapat tempat di hati mereka yang boleh meyakinkan bangsa Melayu untuk bersama-sama memberikan mandat mereka sebagai pemimpin.
Pemimpin yang hebat sebegitu sudah tentu mesti di kalangan orang Melayu, alau nak mudahkan kerja.
Apabila munculnya Melayu hebat yang boleh menambat hati orang Melayu, untuk menguasai Putrajaya pula pemimpin tersebut mestilah berada di bawah Pakatan Rakyat.
Kerana gabungan ketua Melayu hebat yang mendapat sokongan bangsanya itu bersama dengan Pakatan Rayat yang kuat sokongan di kalangan berbagai bangsa melonjakkan kekuatan Pakatan Rakyat ke tahap maksima.
Selama ini, Pemimpin Melayu itu di harapkan ada pada Anwar Ibrahim. Namun nampaknya beliau masih gagal menjadi pemimpin Melayu pilihan yang mendapat sokongan majoriti bangsanya sendiri.
Anwar Ibrahim boleh letakkan semua kesalahan pada musuh-musuh politiknya, tapi gagal tetap gagal walau apa pun alasan yang diberikan.

Tak Perlu Pas bersatu dengan Umno
Pas dan Umno memang dah saling bersetuju untuk tidak bersetuju. Jadi tak
payah nak bergabung. Ramai yang cuba mengambil pendekatan melihat titik
persamaan antara as dan Umno untuk bersatu.
Tapi kalau dua rakan saling bersetuju, salah seorang sebenarnya tidak diperlukan, hanya perabih beras saja untuk berpakat dengan tidak ada perbezaan idea, tidak menambahkan kekuatan sesebuah pakatan.
Pas dan Umno memang berbeza, oleh itu, persaingan antara kedua-dua Parti itu dalam satu perjuangan untuk membina negara Malaysia yang hebat amat perlu. Tak perlu bergabung kerana mereka sudahpun bergabung di bawah satu negara Malaysia.
Pas bukannya berjuang untuk negara Bangladesh, begitu juga Umno. Jadi mereka pada umumnya adalah dibawah satu negara, bukankah mereka sudah bersatu?
Apa yang kita perlukan sekarang adalah seorang pemimpin dari kalangan orang Melayu yang mampu menambat hati majoriti bangsa Melayu. Bukan lagi Anwar Ibrahim rasanya, kerana masanya sudah agak senja.
Kita perlu berikan pujian besar pada beliau kerana memulakan titik perubahan landskap politik negara kita, dan ianya perlu disambung dengan menolak naik seorang pemimpin muda yang jauh lebih hebat bagi menerajui bangsa Melayu dan seterusnya bergabung dengan Pakatan Rakyat bagi membina Bangsa Malaysia.
Itulah coretan santai saya berkenaan persoalan samada perlukah Pas dan Umno bersatu. Apa pula pendapat anda?, tentu anda ada pendapat tersendiri tentang isu politik Melayu di negara kita.
Takkan tak ambil tahu dan hidup hanya menjadi kangkung yang menumpang di sudut longkang.
Berikan pendapat anda pula samada perlukah Pas bersatu dengan Umno...harap tak ada yang celupar melepaskan taik kemarahan pada ruang komen. Terima Kasih.

0 orang berkata:
Post a Comment