Hudud: Pemuda Umno jumpa komponen BN
BESUT - Pergerakan Pemuda Umno akan mengadakan perjumpaan tertutup
dengan rakan pemuda dari parti-parti komponen BN termasuk MCA, Gerakan
dan MIC untuk memberi penjelasan berhubung hukum hudud.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perjumpaan itu perlu diadakan segera supaya semua pihak mendapat penjelasan yang betul dan tepat mengenai hukum itu daripada pihak yang arif tentang hudud.
Katanya pergerakan pemuda Umno mendapati anggota daripada komponen BN masih kurang faham hingga menyebabkan mereka membuat pelbagai andaian dan tidak menerima hukum hudud setakat ini.
“Pandangan dan pegangan pergerakan pemuda adalah tidak berbeza dengan pandangan Umno yang menerima hukum hudud sebagai hukum Allah," katanya kepada pemberita di Besut petang semalam.
Beliau berkata, pegerakan itu juga akan menganjurkan satu forum bagi memperjelaskan berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini dalam jangka dua minggu lagi.
Khairy berkata, beberapa tokoh agama dan pakar undang-undang sivil dan syariah akan dijemput menghadiri forum itu.
“Antara tokoh yang bakal dijemput termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan beberapa tokoh lain," katanya. - Bernama

1 orang berkata:
Salam...
Inilah 'pintu'/'titian' jalan demokrasi...dimana bila kita nak buat apa yg Allah suruh/perintah(qat'ie)..tapi melalui 'pintu' ni kita wajib mintak 'izin' dari manusia2 terutama 'izin' dari manusia2 kafir...
'pintu'/'titian' ini samakah dgn 'pintu'/'titian' nabi saw?....dimana bila nabi saw nak buat sesuatu yg Allah suruh/perintah(qat'ie) wajib nabi saw kena dapatkan izin dari manusia2 kafir?....jawapannya jgn mimpi dan jauh panggang dari api..
masakan tidak...
Jika kita 'perintah/suruh' anak kita urut badan kita,lalu dia kata.."nanti jap bah,saya nak mintak izin pakcik sebelah rumah dulu"...bingung juga kan...
Kalau nak buat pagar,atau nak buat ampaian,atau nak buat jambatan boleh la bincang atau mintak izin dgn kafir..tapi nak buat suruhan/perintah Allah(qat'ie)mana boleh mintak izin kafir...ini asas..
Ini la 'pintu' demokrasi,ianya 'pintu' yg samar..dan yg lebih membingungkan ada yg sanggup 'taksub' hingga putus silaturahim walaupun sedar ianya 'samar'..
pintu nabi saw itu ialah dakwah berterusan dari pintu ke pintu dari lorong ke lorong dari ceruk ke ceruk,bawa tubuh badan mengadap manusia2 tanpa sebarang modal apa pun..ianya bermula dgn diri sendiri tanpa sebarang modal sehinggalah Allah 'kurniakan' kekuasaa,tak dikejar2 pun tapi dikurnia....
bukan bermula dgn 'mengejar'2 tampuk pemerintahan berterusan sehingga x nampak yg 'samar'..
yg kita kejar(dunia)makin x dapat,bila kita lari darinya(dunia) baru kita dapat(dunia) kata saidina abu bakar..
ini la 'titian' nabi saw..
Dah pasti la org awam mcm kita memang x boleh paham ape kata saidina abu bakar tu..tapi kalo x paham2 pun xkan lah kita x tau yg demokrasi tu jalan 'samar'?sebab org kafir yg cipta tu,semua muslim tahu perkara ni..sama2 la kita hilangkan 'kepercayaan' yg menggunung kepada 'jalan' ini in sha Allah..semoga berbaik2 lah sesama kita..
Walahua'lam..Allah la yg lebih tau,sekadar berkongsi..semoga kita semua sentiasa dlm pengampunan in sha Allah..salam..
Post a Comment