Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, May 3, 2014

TAN SRI KHALID IBRAHIM TETAP KEKAL BERKEMPEN SECARA BERSIH

PEMILIHAN KEADILAN 2014 .. TAN SRI KHALID IBRAHIM ENGGAN BERKEMPEN SECARA MENYERANG CALON-CALON YANG BERTANDING .. TETAP KEKAL BERKEMPEN SECARA BERSIH TOLAK POLITIK KOTOR.

Calon Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR 2014, Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak berhasrat membalas serangan calon lawannya dalam baki tempoh berkempen sekaligus mengekalkan corak kempen tidak menyerang mana-mana calon lawannya.

Ini kerana Abdul Khalid menganggap strategi berkempen memburukkan pemimpin seperjuangan lain bukan amalan beliau dalam percubaan meraih kemenangan dalam mendapatkan kerusi nombor dua parti itu.

“Saya tidak menyerang, tidak payah. Dalam masjid ini lagilah tidak baik saya bercakap untuk menyerang,” kata Abul Khalid selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Siap Masjid Darul Ibadah di Kampung Harmoni, Simpang Tiga Ijok di sini, semalam.

Sementara itu ketika menyentuh keputusan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR membatalkan keputusan pemilihan di Batang Sadong, Sarawak berikutan wujudnya unsur penipuan dalam proses pengundian, Abdul Khalid berkata usaha menentang penipuan harus dijalankan di semua peringkat sama ada di peringkat parti mahupun dalam pilihan raya yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pucuk pimpinan PKR menentang segala usaha untuk menipu dalam pilihan raya kerana kita bersetuju kita sangat marah kepada SPR tidak mengaturkan dan tidak mengingatkan bahawa menipu dalam pilihan raya itu salah kerana memperkecilkan sistem demokrasi,” kata Abdul Khalid.

Terdahulu, Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul dalam sidang media di ibu pejabat parti itu berkata tindakan membatalkan keputusan itu dibuat berikutan wujud unsur penipuan dalam proses pengundiannya.

Katanya, antara keraguan yang timbul adalah jumlah kertas undi tidak sama dengan bilangan ahli yang keluar mengundi selain corak tulisan di kertas undi sama seolah ditulis orang yang sama.


Omak Kau!!!!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.