Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMANG BODOHPUUUUN !

Thursday, May 29, 2014

Soalan Ridhuan Satu Soalan Bodoh!

Kepada Ridhuan Tee – Yap Boon Kah
mkMAY 28, 2014

Dr Ridhuan Tee

Pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional, Dr Ridhuan Tee bertanya semua 'ultra kiasu' siapa yang mereka akan sokong jika Lin Dan bermain dengan Misbun? Saya rasa sangat sedih dengan soalan ini.
Saya ialah rakyat Malaysia generasi ketiga. Saya berumur 45 tahun. Datuk saya berhijrah ke Malaysia pada 1923, ketika berumur 19. Dia mati di sini pada 1982, dia tidak pernah fikir hendak balik ke China, dia fasih berbahasa Melayu, senang bergaul dengan Melayu dan India. Dia tidak bencikan orang Melayu atau India, sungguhpun daripada segi agama, budaya, kita semua sangat berbeza.
Ayah saya meninggal bulan lalu pada umur 86 tahun. Kalau soalan ini ditanya kepada datuk dan ayah saya hari ini, siapa mereka sokong, saya rasa mereka akan sokong Misbun, sebab mereka tidak kenal Lin Dan, dan Misbun bermain untuk Malaysia.
Jangan mensyaki kesetiaan orang Cina kepada Malaysia, kami marah bila orang suruh kami balik China. Kami sudah memotong tali perhubungan dengan China, kami hanya lawat sebagai pelancong, bukan sebagai bekas warganegara.Datuk saya tidak setia kepada negara China. Dia hanya setia kepada budaya Cina, kepercayaan Cina, tradisi Cina dan kepada ahli keluarganya yang ramai. Dia berhijrah ke Malaya tanpa duit dan pelajaran, untuk mencari hidup yang lebih baik.
Bagi saya, soalan Ridhuan satu soalan bodoh. Saya rasa tiada rakyat Malaysia yang tidak sayangkan negara. Adakah Datuk Lee Chong Wei akan biarkan Lin Dan menang dalam pertarungan Piala Thomas?  Supaya negara China boleh dapat piala? Bukankah semua pemain Piala Thomas 2014 orang Cina? Tidakkah mereka bermain bermati-matian untuk negara? Adakah ketua pelatih Rashid Sidek meragui kesetiaan pemain Malaysia?
Orang Cina di Malaysia yang berupaya untuk berhijrah ke negara barat berbuat demikian untuk masa depan anak mereka, peluang pendidikan yang lebih cerah. Semua rakyat Cina setia kepada negara. Mereka merungut kerana tidak diberi peluang pelajaran dan perniagaan yang sekata. Jika mereka melihat Misbun dan Lin Dan bermain di kaca TV sama ada di Melbourne atau London atau New York, ultra kiasu akan sokong Misbun.
Saya tidak faham kenapa Ridhuan bencikan bangsanya sendiri. Siapa antara ahli keluarga dan kawan-kawan Cinanya  dahulu yang ultra kiasu, tidak setia kepada negara, tamak, mempergunakan rakan Melayu mereka, menghina Islam, tidak membayar cukai dengan jujur.
Tentu ada sebab kenapa imej orang Cina begitu buruk dalam matanya. Pada saya, saya bangga sebagai orang Malaysia berketurunan Cina. Saya tidak melihat seseorang itu sebagai orang Melayu atau Cina dahulu. Sebelum seseorang mampu menjadi orang Islam atau Kristian atau Hindu yang baik, mereka harus menjadi manusia yang baik dahulu.
Tolonglah orang yang miskin, bantu orang sakit, jangan mencuri, jangan merompak, jangan merosakkan harta benda awam, jangan biadap, jangan melukakan hati orang lain. Tidak perlu lihat orang yang kita tolong itu Cina, Melayu atau India.  
Semua bangsa sama, ada orang yang baik ada buruk dalam semua bangsa. Tiada bangsa yang sempurna dalam dunia ini.
Sungguhpun Ridhuan sekarang beragama Islam dan mahu mengaku dirinya Melayu, itu yang saya boleh lihat daripada penulisan dan percakapannya. Tetapi faktanya dia Cina beragama Islam. Orang ini dengan kebenciannya terhadap bukan Islam hanya satu watak yang dia sedang main. Sebab dia tidak akan berkelakuan begitu jika tiada kelebihan untuk dia berlagak sebagai Melayu. Sanggupkah Ridhuan dapat kerja di mana-mana jika dipecat daripada Universiti Pertahanan.
Apakah pencapaian dia sebagai pensyarah? Siapa yang pernah kagum dengan daya intelek dia? Pamerkan kerja dia di universiti, bagaimana boleh dapat PhD sedangkan Bahasa Inggeris dia teruk dan Bahasa Melayu dia pun hanya mampu perkataan yang kesat dan tidak halus.
Siapa yang semak tesis dia? Ridhuan ini umpama seekor kelawar yang mahu mengaku dirinya burung, sebab ada kepak dan pandai terbang. Tetapi lupa yang dia badan berbulu macam tikus, bukan macam bulu burung dan ada tetek untuk menyusukan anak, tidak mampu bertelur seperti burung. Surat ini sengaja ditulis dalam bahasa yang kasar supaya Ridhuan boleh baca, faham dan ingat. – 28 Mei, 2014.
* Penulis ialah pembaca The Malaysian Insider.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Saudara Yap dan para komentar,

Perpatah ada menyatakan " lebih senduk drp kuah..."

Pendapat 2 sen saya, setiap manusia patut berbangga ttg asal usul msg2, tak perlu ingin menjadi "ultra kiasu:" hanya utk menjadi atau mandapat status Datuk bila Si Ah Wan aka RidhuanTEE ini menyalak sbg melayu.

Tlg bangga siapa kita. Ugama hak masing2 tapi Ridhuan, asal usul juga penring dlm jati diri...

Anonymous said...

Bangsa terpulang pd masing2, tapi ingat negara mana kita tinggal, negara itulah kita daulatkan. Kalau tinggal dimalaysia tapi mendaulatkan negara china, maka jwp yg paling sesuai ialah boleh blahhh....

Anonymous said...

Anon 12:36... Sangat setuju dgn anda. Kalau mengaku rakyat yg baik tak perlu memekak minta sekolah bangsa sendiri! Belajar la bersama semua bangsa. Ini tidak... baik yg muda maupun tua... cakap bahasa malaysia pun tunggang-langgang! Dah tu melalak setia pada negara! Lu fikir la sendiri. Setia bukan sahaja di mulut, tp juga hati-perut!!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.